PERKONGSIAN foto terbaharu pelakon Nonny Nadirah yang berpakaian seksi di Instagram mengejutkan ramai termasuk rakan baiknya iaitu penyanyi Mila Jirin. Resah melihat perkongsian tersebut, Mila, 34, memaklumkan dia terus menghubungi Nonny untuk mendapatkan kepastian. ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadirah umum hubungan cinta berakhir di hari lahir Niezam Zaidi... impian naik pelamin tak kesampaian - “Perkahwinan kami dibatalkan” Akui berasa sedih dengan tindakan sahabat baiknya itu, Mila atau nama sebenarnya Norsyamilla Jirin berharap Nonny tidak mensia-siakan hidayah Allah. Mila berkongsi video kenangan mereka tunai umrah bersama. "Semalam aku menggigil lihat IG mu... aku call mu, Alhamdulillah dapat bercakap dengan mu sekejap, aku sangat sedih Non. Sedih kenapa aku tak boleh ada tepi mu untuk dengar semua keluh kesah mu. "Non, aku mohon jangan buat perkara yang bercanggah daripada perintah Allah. Non aku mohon, jangan sia-siakan hidayah yang dihadiahkan oleh Allah... Non aku mohon, lawan godaan syaitan! Ramai sayang mu Non! "Lepas cakap dengan mu, @nurhelizahelmi call aku, kami berdua sangat sedih Non! Jika mu sangat sayang persahabatan kita, Non tolong! Aku mohon, jangan sia-siakan hidayah yang dah Allah hadiahkan buat mu," tulisnya. Mila turut berkongsi mengenai hubungan rapat dan kenangan mereka ketika bersama-sama ke Tanah Suci, Makkah dan Madinah untuk menunaikan umrah pada 2019. Usaha, ikhtiarlah cara apa juga selagi mana ianya halal dan mendapat keberkatan. MILA JIRIN PENYANYI Dalam pada itu, Mila berkata dia hanya menyedari mengenai perubahan yang dilakukan Nonny selepas menerima mesej berupa paparan skrin Instagram daripada rakannya. Menurut Mila, dia pada mulanya menganggap akaun tersebut digodam namun tanggapannya salah dan berharap rakan baiknya berusaha untuk berubah menjadi lebih baik. "Non semalam, tatkala @bismie_amer WhatsApp dan screenshot posting IG mu yang terbaru, aku 100 peratus percaya itu bukan mu! Aku cakap pada diri ku... IG mu kena hack ni tapi Non... luluh hatiku Non. Perkongsian terbaharu Nonny yang berubah imej seksi. "Sedih sangat sedih... aku rasa macam nak ke Sabah semalam juga jumpa mu, teman dengar apa masalah mu sebab aku tau, mu sangat baik! Anak yang baik! Non aku tahu mu pasti baca posting aku ini. "Non ingat rezeki milik Allah. Usaha, ikhtiarlah cara apa juga selagi mana ianya halal dan mendapat keberkatan. Allah sedang uji mu wahai sahabat! Sebab Allah sayang, tolong kuat Non! "Jangan terpedaya dengan syaitan. Terakhir kali, aku mohon dengan sepenuh hati, janganlah mu berubah kepada kehidupan yang lagha dan penuh sia-sia. Ramai yang sayang mu. Allah sayang mu," ujarnya. Dalam pada itu, Mila turut meminta orang ramai tidak menulis kata-kata negatif yang akan memberikan tekanan kepada rakannya itu. Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 32, gagal apabila aktres dan penyanyi itu tidak dapat dihubungi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!