suria

[VIDEO] Wahai Isa Khan... kalau tak buat salah, tak perlu nak menggelabah dakwa difitnah!

Gambar majlis resepsi pasangan selebriti Isa Khan dan Risteena pada 12 Mac 2021.

KALAU tak salah, buat apa nak menggelabah!

Ayat itu paling sesuai ditujukan buat pasangan pengantin baharu yang menimbulkan rungutan ramai iaitu Isa Khan dan Risteena kerana mendapat kebenaran rentas negeri ke Tawau, Sabah atas alasan bekerja tetapi berkongsi foto-foto umpama berbulan madu.

Sedihnya tergamak pula menuduh ada pihak sanggup buat fitnah sedangkan diri sendiri yang berkongsi momen indahnya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sorry I nak balik... sorry eh!” Itulah reaksi Risteena selepas 5 jam bersama Isa Khan beri keterangan kepada polis sebaik pulang dari Sabah

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Risteena dan Isa Khan seronok ‘honeymoon’ di Sabah, kongsi foto makan lobster... tinggal di resort terapung - “Kita memang dah boleh rentas negeri ke ni?”

Bagaimanapun sama ada Risteena atau Isa, mungkin terlupa terdapat perkongsian dengan kapsyen perkataan 'honeymoon'. Honeymoon kalau diterjemah dalam Bahasa Melayu memberi definasi berbulan madu.

Pasangan ini juga mungkin tidak menyedari, saat berkongsi foto di media sosial, tiada pun foto atau status urusan kerja dikongsi melainkan video dan foto-foto romantis memperlihatkan kegembiraan seperti menyanyi di atas bot, menikmati hidangan lobster dan bermalam di sebuah resort terapung di Pulau Nusa Kuya, Semporna.

Luahan Isa di Instagram berkaitan dakwaan artikel berbaur fitnah (kiri) dan posting dengan perkataan 'honeymoon' pada gambar kanan.

Perkongsian seperti inilah menimbulkan rasa kurang senang orang ramai yang mempersoalkan bagaimana mereka dibenarkan merentas negeri bagi tujuan untuk berseronok walaupun mungkin di sebalik perkongsian itu, ada pekerjaan lain atau tugas sebenar dilakukan.

Sebagai selebriti yang memiliki jutaan pengikut di Instagram, mereka sepatutnya lebih sensitif dengan apa yang dikongsikan kerana ia boleh menimbulkan provokasi dalam kalangan masyarakat, kerana golongan selebriti merupakan contoh kepada orang ramai.

TONTON VIDEO!

Untuk rekod, ketika artikel ini ditulis, Risteena atau Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 32, memiliki 1.1 juta pengikut Instagram manakala Isa atau atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, 28, mempunyai 229,000 pengikut.

Mereka sepatutnya bertanggungjawab untuk segera memberi penjelasan kepada umum mengenai perjalanan rentas negeri ke Sabah jika benar ia berkaitan urusan kerja dan bukannya honeymoon seperti didakwa.

Namun kedua-dua mereka memilih untuk mengabaikan pertanyaan wartawan mStar sebaliknya hanya mahu artikel mengenai mereka dipadam tanpa alasan yang kukuh.

Isa juga bertindak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati melalui posting di Instagram miliknya dengan mendakwa artikel yang dikeluarkan itu berbaur fitnah dan menimbulkan salah faham.

Ada masa aku luangkan masa bersama isteri, mungkin posting ada timbulkan salah faham, itu sahaja.

ISA KHAN

PELAKON

Untuk makluman Isa, bukan hanya mStar menyiarkan berita dia dan isteri ke Sabah, sebaliknya ada juga portal lain melaporkan kisah serupa.

"Aku datang sini ada urusan perniagaan. Semua dokumen lengkap perniagaan pun dah disertakan pada pihak yang bertugas.

"Ada masa aku luangkan masa bersama isteri, mungkin posting ada timbulkan salah faham, itu sahaja," tulis Isa.



Mesej penuh antara Isa dan wartawan mStar.

Jadi siapa yang mula timbulkan salah faham?

Pihak mStar dalam kiriman mesej kepada Isa memaklumkan artikel yang dikeluarkan ialah sebagai menzahirkan kebimbangan orang ramai kerana perbuatan mereka itu dan meminta mereka memberi penjelasan atau kenyataan sebenar tetapi tidak dilayan.

Namun, jawapan balas yang diberi ialah mohon padamkan artikel mengenai perjalanannya ke Sabah itu.

Untuk berlaku adil, kami siarkan perbualan penuh menerusi mesej yang dihantar kepadanya sebagai membuktikan pihak kami profesional ketika menjalankan tugas.

Apa-apa pun kita menantikan hasil siasatan terperinci pihak polis berhubung perkara itu.

Kalau tidak bersalah, relaks sajalah. Cuba gunakan akal untuk berfikir! Dengan berkongsi gambar-gambar yang memperlihatkan ia seperti sebuah percutian, tentulah perkara itu menimbulkan pelbagai persoalan dan andaian.



Isa Khan nyanyikan lagu istimewa buat isterinya Risteena.

Anda tidak bacakah berita bagaimana seorang instafamous yang ke Johor bersama suaminya dan berkongsi foto-foto mereka di media sosial mengundang kemarahan ramai bagaimana mereka boleh rentas negeri?

Lalu, pihak polis terpaksa membuat siasatan dan hasilnya mendapati terdapat keraguan terhadap keterangan yang diberikan dan didapati memberi keterangan palsu berkaitan alasan memohon kebenaran untuk ke Johor.

Dalam kes Isa dan Risteena ini, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata pihaknya menerima permohonan rentas negeri ke Sabah atas urusan perniagaan daripada seorang lelaki di Balai Polis Setapak pada jam 5 petang, 20 Mac lalu.

Pasangan tersebut masih berada di Sabah dan akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis sebaik pulang ke Semenanjung.

Isa dan Risteena bernikah pada 12 Mac lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

TONTON VIDEO!



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain