suria

Selepas muat naik foto Noh dan anak, Mizz Nina kongsi petikan ayat tentang curang

Mizz Nina dan Noh Salleh bersama anak mereka, Musa.

PASANGAN selebriti yang baharu sahaja bercerai iaitu Mizz Nina dan Noh Salleh masih mencuri perhatian peminat apabila setiap gerak geri mereka diperhatikan termasuk perkongsian dibuat di media sosial.

Terbaharu, Mizz Nina memuat naik sebuah petikan berbahasa Inggeris yang mengulas tentang kecurangan dalam sebuah perhubungan.

Menerusi petikan tulisan Qasim Rafique dari Scottish Relationship tersebut menceritakan tentang godaan adalah bentuk kecurangan kerana ia melanggar sempadan dalam sesebuah hubungan.

Jelas petikan itu lagi, dalam sebuah hubungan yang komited, seseorang bersetuju untuk memberikan sepenuhnya kepada pasangan namun apabila curang ia memberikan tarikan seksual yang sepatutnya diberikan kepada pasangan namun kepada orang lain.

Nina

Petikan yang dikongsi Nina.

Bukan hanya petikan itu menjadi perhatian kerana sebelum itu, Mizz Nina atau Shazrina Azman, 42, memuat naik foto bekas suami bersama anak angkat mereka iaitu Musa di Instagram Story.

ARTIKEL BERKAITAN: Noh Salleh akhirnya mengaku sudah bercerai, kekal berkawan dengan Mizz Nina

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen sebak tengok Mizz Nina menitiskan air mata... Perkongsian mengenai takdir dan ketentuan menyentuh hati!

Tinjauan di Instagram Noh juga mendapati penyanyi kumpulan Hujan itu memuat naik foto sama namun tidak meletakkan sebarang kapsyen selain ruangan komen turut ditutup.

Foto dua beranak yang dimuat naik sejak semalam itu menerima lebih 30,000 tanda suka.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 sebelum mengumumkan penceraian mereka pada 4 Ogos lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain