suria

Tema hari jadi ‘Huggy Wuggy’ didakwa tak sesuai untuk kanak-kanak, netizen tegur Aeril Zafrel dan Wawa Zainal…. “Bahaya! Banyak unsur negatif”

Tema Huggy Wuggy pada sambutan hari jadi anak pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal jadi perdebatan netizen.

SETIAP ibu bapa pasti mahu meraikan hari jadi anak mereka dalam suasana paling meriah dan mengikut tema kegemaran anak-anak mereka.

Begitu juga bagi pasangan selebriti popular Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang mengadakan sambutan hari jadi dua anaknya iaitu Ahmad Fakharuddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzikyaa dalam suasana cukup meriah.

Pada acara itu, pasangan itu memilih tema figura kartun Huggy Wuggy yang cukup popular dalam kalangan kanak-kanak.

Bagaimanapun, majlis itu mengundang perhatian pengikutnya di laman sosial apabila rata-rata menegur tema yang dipilih mendakwa kartun Huggy Wuggy itu tidak sesuai untuk kanak-kanak dan membawa unsur negatif kepada mereka.

245170957_132058232500817_2593184767263076870_n

Keluarga bahagia Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

Netizen memberitahu Aeril dan Wawa sepatutnya membuat kajian terperinci mengenai Huggy Wuggy yang cukup terkenal sebagai watak antagonis.

Ia didakwa tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak apatah lagi menjadikan ia tema hari jadi.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Pertama kali masuk stadium, Aeril Zafrel dituduh riyak ke Old Trafford... “Kalau kalah ingat aku nak post ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Dianggap riyak makan hidangan RM10,000 di restoran Salt Bae, Aeril Zafrel kata tukaran Pound Sterling buat harga jadi mahal

"Saya takut dengan patung itu. Patung itu tak boleh bagi budak tengok. Ia pasal bunuh membunuh.

"Jangan promosi kartun itu, bahaya! Kartun ini bawa unsur negatif, mak ayah patut buat kajian dulu," komen netizen di ruangan komen.

Untuk rekod, Huggy Wuggy ditonjolkan sebagai watak antagonis dalam permainan video Villains Wiki dan ia tidak sesuai buat kanak-kanak kerana menampilkan figura badan berbulu warna biru dan mulut merah serta dipenuhi gigi yang tajam.

7

Sambutan ulang tahun kelahiran Attar dan Hayla

Di negara seperti Amerika Syarikat, semakin ramai ibu bapa yang menghalang anak-anak mereka menonton video mengenai Huggy Wuggy kerana ia memberi kesan buruk kepada personaliti dan sikap anak mereka.

Huggy Wuggy juga terkenal di TikTok dan selain muncul dalam YouTube Kids sehingga ramai membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenainya.

Sementara itu, Wawa menerusi hantaran pada video yang dimuat naik di Instagram turut mengimbau kenangan mengandungkan Attar dan tidak menyangka sudah sembilan tahun sejak dia melahirkan anak sulungnya itu.

Semoga menjadi abang dan anak yang baik.

WAWA ZAINAL

PELAKON

Wawa turut mendoakan agar Atta menjadi contoh yang baik buat tiga adik perempuannya.

"Sudah sembilan tahun berlalu, kenangan mengandungkan dan melahirkan Attar memang tidak akan pernah padam di ingatan mama," katanya.

"Semoga menjadi abang dan anak yang baik," tambahnya.

Selain Atta, 9 dan Hayla, 6, Wawa dan Aeril turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Ayya Sofia, 2 dan Muhammad Fahri yang kini berusia setahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain