suria

[V] Ira Kazar, keluarga berdepan saman hina mahkamah kerana ganggu dan kahwin tanpa izin

PEGUAM kepada pelakon Puteri Sarah Liyana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan anak guamnya itu akan meneruskan saman injuksi terhadap keluarga Kazar Saisi kerana didakwa telah melanggar perintah mahkamah.

Menurut Akberdin, isteri kedua Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dan keluarganya melanggar perintah injuksi apabila memuat naik kenyataan berkaitan Puteri Sarah di media sosial selepas perintah itu dikeluarkan.

"Kami akan mulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar, ayahnya dan kakaknya kerana terang-terangan telah melanggari perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh mahkamah sivil tempoh hari.

sara1 - 1

Sarah tetap akan meneruskan saman terhadap Ira Kazar.

"Perintah injunksi itu memang kekal sehingga sekarang tapi jelas sekali mereka sudah melanggar perintah berkenaan," katanya kepada mStar.

Akberdin berkongsi perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: "Doakan saya tau"... Puteri Sarah nampak ceria, bersemangat datang mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: "Cukup 9 tahun jadi isteri Syamsul" - Puteri Sarah nekad cerai selepas dapat petunjuk, tarikh sebutan sehari sebelum ulang tahun perkahwinan

Dalam pada itu, Akberdin memberitahu sebelum ini pihaknya sudah menghantar surat amaran kepada keluarga Kazar, namun mereka sekali lagi melanggar dan menganggu defendan.

Malah, tindakan lebih berani dilakukan apabila Ira dan Syamsul bernikah di luar negara tanpa mendapat persetujuan daripada mahkamah syariah di Malaysia.

"Kita akan tunjukkan jenis-jenis pelanggaran yang telah dilakukan. Sebelum ini memang mereka telah melanggar namun selepas diberi surat amaran, mereka tidak lagi melakukannya.

Kami akan mulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar, ayahnya dan kakaknya kerana terang-terangan telah melanggari perintah mahkamah.

AKBERDIN ABDUL KADER

PEGUAM SYARIAH

"Kali ini nampaknya memang pelanggaran yang paling dahsyat. Mereka sama sekali tidak boleh menganggu defendan sehingga kes mahkamah selesai.

"Tapi mereka buat lagi dan terus ke luar negara bernikah tanpa mendapat izin mahkamah di sini (Malaysia). Jelas, perbuatan itu bercanggah dengan perintah injunksi," ujarnya.

sara3 - 1

Kazar dan Ira didakwa melanggar perintah injunksi mahkamah.

Terdahulu, Sarah telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan pada Isnin. Mahkamah berkenaan kemudian menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebuatan kes.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain