suria

Isteri pertama PU Abu tak berdiam diri, buat laporan polis berhubung ‘posting’ Hana Azraa di media sosial

Isteri pertama PU Abu buat laporan polis.

SUDAH hilang sabar, isteri pertama kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Ain Afini membuat laporan polis berhubung muat naik yang dilakukan oleh Hana Azraa menerusi laman sosial, baru-baru ini.

Menurut Ain, ini merupakan kali kelima dia membuat laporan polis sepanjang empat tahun dia berdepan kemelut rumah tangga itu.

Kata Ain, pada awalnya dia enggan melakukan tindakan itu kerana memikirkan media sosial merupakan tempat Hana mencari rezeki, namun dia terpaksa bertegas selepas beberapa isu di sentuh oleh usahawan itu.

ain22 - 1

Kenyataan yang dibuat oleh Ain di instastory.

"Saya sudah pun buat laporan polis buat kali kelima sepanjang empat tahun. Selama ini saya tak nak teruskan kerana memikirkan media sosial adalah tempat kamu mencari rezeki.

"Namun, saya tidak mahu lagi berurusan dengan narsistik. Kamu nak bergaduh dengan siapa pun itu masalah kamu, tapi sekali lagi kamu sentuh saya semula, saya akan ambil tindakan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Ini amaran terakhir" - Hana Azraa hilang sabar masih diganggu PU Abu

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri PU Abu enggan ambil tahu konflik suami, Hana Azraa... Minta tidak lagi diganggu selepas 4 tahun bersabar

Ain berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instastory pada Isnin.

Sebelum ini, bekas madunya iaitu Hana Azraa mendakwa Abu masih lagi menganggunya dan memuat naik tangkap layar perbualan yang menunjukkan pendakwah bebas itu menghubunginya meluahkan rasa rindu.

Dalam pada itu, Ain meminta Hana memadam hantaran yang telah dibuat di media sosial atau bakal berdepan tindakan daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

hanaa - 1

Hana diminta untuk tidak lagi membuat posting berkenaan Ain.

"Jika masih ada hantaran atau hantaran tersebut tidak diturunkan dalam tempoh 24 jam, tindakan akan dikenakan oleh SKMM.

"Saya tunggu izin, sekiranya sudah mendapat keizinan saya akan bongkar semua bukti di mahkamah. Mari kita bertemu di mahkamah," ujarnya.

Untuk rekod, Abu dan Ain mendirikan rumah tangga pada 2018.

Mereka bercerai ketika Ain sedang sarat mengandung tujuh bulan pada tahun 2019 dan Abu berkahwin dengan Hana.

Selepas dua minggu perkahwinan kedua dengan Hana, Abu rujuk semula bersama Ain.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar dan Muhammad Aryan 'Afi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube



Artikel Lain