suria

“Kalau majlis lain tak akan muncul, itupun kerana anak” - Ameng

Ameng mendedahkan hubungannya dengan A. Aida tidak pernah baik tetapi beralah demi anak.

KETIKA penerbit drama Datuk A. Aida mendedahkan hubungannya dengan bekas suami iaitu Ameng berada dalam keadaan baik, vokalis kumpulan Spring itu mendakwa ia hanyalah kerana anak.

Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail, 54, berkata, ia disebabkan tugasnya untuk menjadi wali kepada anak perempuan mereka iaitu Wan Az Aleesa yang dijadual melangsungkan pernikahan Julai depan.

Jelas Ameng, jika ada majlis lain dirasakan tiada keperluan untuk hadir, dia tidak akan memunculkan diri.

"Semua ni sebab anak. Majlis pertunangan itu pula acara agama. Kalau macam majlis hari jadi, majlis kesyukuran, yang kita rasa tak perlu hadir, saya tak hadir.

ameng1 - 1

Ameng teruja bakal menyambut menantu pertama.

"Tapi disebabkan saya perlu menjadi wali, jadi kita akur kerana kehendak agama," katanya kepada mStar.

Ameng berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Kasih Pengasih 2023 yang diadakan di Rumah Pengasih, Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Bourgenvilla ini berkongsi rasa teruja akan menyambut kehadiran menantu pertama dan tidak menyangka anak perempuannya itu bakal berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Ameng hadir majlis pertunangan anak bukti A. Aida tak pernah bermusuh, mahu bekas suami jadi wali

ARTIKEL BERKAITAN: Risau perut makin buncit, Ameng luang masa 2 jam di gim setiap hari... Seronok tengok badan dah sasa

Kata Ameng, dia tidak pernah melihat Aleesa keluar bersama teman lelaki dan hanya mengetahui anaknya akan berkahwin beberapa bulan sebelum mereka bertunang.

“Tak sangka rasanya (anak nak kahwin). Anak saya ni duduk dengan ibunya tapi saya pernahlah terserempak dengannya.

"Saya tidak pernah lihat dia berjalan dengan lelaki jadi saya sangka dia tiada kekasih.

Disebabkan saya perlu menjadi wali, jadi kita akur kerana kehendak agama.

AMENG

PENYANYI

"Dia tidak pernah berkongsi kisah peribadinya sehinggalah dia nak bertunang baru dia beritahu saya," ujarnya.

Tambah Ameng lagi, dia bersyukur dan menerima kehadiran bakal menantunya iaitu Zain Azrai Abdul Aziz menjadi ahli keluarga baharu mereka.

"Alhamdulillah, bakal menantu saya lihat dia seorang yang normal sebagai manusia. Tak ada benda-benda pelik. Dia mempunyai kerjaya yang baik. Muka pun jujur.

"Keluarga bakal besan saya semuanya seorang doktor. Ayah, mak, kakak dia semuanya doktor dan mereka mempunyai enam buah klinik tetapi dia seorang juruterbang," jelasnya.

ameng2 - 1

Ameng hadir demi anak.

Sebelum ini, ketika ditemu bual mStar, A. Aida atau Zaidah Awang, 53, mengakui dia tidak pernah bermusuh meskipun sudah bercerai sejak 20 tahun lalu dengan Ameng.

Kata A. Aida, dia sendiri yang meminta Aleesa untuk mengajak Ameng agar hadir pada majlis pertunangan yang berlangsung di Janda Baik, Pahang pada 20 Mei lalu.

Untuk rekod, A. Aida pernah mendirikan rumah tangga dengan Ameng pada 1994 namun bercerai pada 2003.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Wan Az Aleesa, 27, dan Wan Azevanatassha, 22.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain