suria

Diana Danielle sangkal terima barang kemas, minta Farid Kamil jangan beri hadiah guna anak-anak

Diana menafikan dakwaan menerima barang kemas dari Farid.

PELAKON Diana Danielle menolak kenyataan dibuat suaminya, Farid Kamil dia telah menerima barang kemas yang diserahkan melalui dua anak mereka iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.

Diana berkata, dia tidak selesa apabila Farid menggunakan anak lelaki mereka untuk menyerahkan barang kemas berkenaan dan mengambil keputusan untuk tidak memberikan sebarang reaksi apabila menerima pemberian berkenaan.

"Sebenarnya saya tak terima 'lapan cincin' itu. Dia (Farid) berikan kepada anak lelaki saya dan memintanya untuk menyerahkan kepada saya.

diana Danielle 4

Diana menafikan dakwaan Farid beri barang kemas.

"Saya rasa tak selesa dengannya, tapi saya tidak berikan sebarang reaksi (terhadap hadiah itu)," katanya menerusi hantaran di Instastory miliknya.

Pada Selasa, Farid memberitahu dia tetap mahu mempertahankan rumah tangga bersama Diana sejak 11 tahun lalu.

Dakwa Farid, Diana turut menerima hadiah pemberiannya berupa enam bentuk cincin dan dua utas rantai yang diserahkan melalui anak-anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hakim Syarie nasihat cerai, Farid nak pujuk lagi... Siap ‘tabur’ barang kemas untuk Diana

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Farid Kamil dapat kelonggaran tambah bilangan hari jumpa anak-anak, mahu bawa Diana sambut Aidiladha di Kedah

"Usaha memujuk sudah saya lakukan, lebih 10 kali usaha untuk berbaik semula. Saya saya isteri saya dan dalam situasi sekarang ini pun saya masih mencuba.

"Alhamdulillah hadiah yang saya serahkan melalui anak-anak pun dia ada terima dan mengucapkan terima kasih," katanya.

Dalam pada itu, Diana juga memaklumkan dia tidak pernah mengucapkan terima kasih atas pemberian itu malah sudah menolak pemberian itu melalui peguamnya.

Saya tak pernah mengucapkan terima kasih sebab saya menolak cincin-cincin itu melalui peguam saya

DIANA DANIELLE

PELAKON

Memandangkan perkara itu diperbesarkan Farid, Diana turut memohon suaminya itu tidak lagi memberikan sebarang hadiah melalui anak-anak mereka.

“Saya tak pernah mengucapkan terima kasih sebab saya menolak cincin-cincin itu melalui peguam saya. Tapi, dia gunakan anak saya untuk serahkan kepada saya.

“Jadi, sekarang, dah alang-alang kita terbuka mengenainya, tolong jangan berikan sebarang hadiah melalui anak-anak lagi,” tulisnya.

Diana Danielle 3

Kemelut rumah tangga Farid dan Diana masih belum berakhir.

Farid dan Diana hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan sebutan kes nusyuz.

Hakim Syarie Shukran Yusof menasihatkan Farid menceraikan Diana selepas laporan JPK mendapati wujud shiqaq dalam perkahwinan mereka.

Pelakon itu bagaimanapun enggan berbuat demikian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain