suria

Individu dedah selebriti lelaki hamilkan wanita padam akaun, mengaku tuduhan dibuat tidak benar

Pemilik TikTok ambil keputusan padam profil yang mendedahkan seorang selebriti lelaki menghamilkan wanita.

PEMILIK TikTok menggunakan nama @shrimpippy8621p mengambil keputusan memadam profil berkenaan selepas membuat pendedahan mendakwa seorang selebriti lelaki menghamilkan seorang wanita.

Individu berkenaan dalam satu kenyataan di akaun tersebut turut memberitahu semua pendedahan dibuat sebelum ini juga adalah tidak benar.

"Maaf kepada semua yang mengikuti akaun ini dari mula. Saya akan memadam akaun ini dan ia sebenarnya adalah tidak benar," tulisnya.

ismail2 - 1

Ismail Izzani menjadi sasaran netizen.

Pemilik akaun tersebut juga sudah memadam hantaran yang dimuat naik sebelum ini.

Disebabkan dakwaan itu, netizen mula membuat andaian dengan menambur fitnah dengan mengaitkan penyanyi dan pelakon Ismail Izzani sebagai selebriti yang dimaksudkan.

Bagaimanapun pemilik TikTok itu juga sudah menjelaskan di ruang komen penyanyi lagu Bidadari itu bukan individu dimaksudkan.

"Bukan Ismail Izzani," jawabnya ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh wanita dedah hamil anak artis, netizen pula fitnah Ismail Izzani

ARTIKEL BERKAITAN: "Dia Nobita kesayangan saya" - A. Aida puji lakonan Ismail Izzani sebagai hero, bukti tak pilih rupa semata-mata

Menerusi pendedahan berkenaan, seorang wanita mendakwa seorang selebriti lelaki yang tidak dinyatakan nama enggan bertanggungjawab selepas menghamilkan dirinya.

"Saya sudah dihamilkan oleh seorang artis Malaysia, kemudian dipaksa untuk gugurkan (kandungan). Dia meninggalkan saya dan tidak bertanggungjawab. Tolong saya!" tulisnya.

Bukan itu sahaja, wanita itu juga memberitahu sudah menghubungi ibu bapa artis berkenaan namun mendapat reaksi negatif apabila mereka juga enggan bertanggungjawab.

Dia juga berkongsi paparan skrin perbualan di WhatsApp antara ibunya dengan ibu artis berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain