suria

Aishah ketawa terbayang kecaman netizen, tidak terlintas persenda situasi Gaza

Aishah menjawab tentang isu tidak sensitif berkaitan Gaza.

PENYANYI Datuk Aishah menolak tuduhan kononnya dia tidak sensitif dan mempersendakan isu masyarakat di Palestin apabila dia ketawa ketika ditemubual media selepas tersingkir pada minggu keempat program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada malam Ahad lalu.

Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, menegaskan dia masih mempunyai sifat kemanusiaan malah mengikuti perkembangan saudara Islam di Gaza.

Jelasnya, melihat keadaan kucing jalanan pun boleh membuatkan dia menangis teresak dan tidak mungkin tergamak mempersendakan saudara seagama yang sedang diuji dengan kezaliman zionis.

aishah2 - 1

Kenyataan Aishah di sidang media ASGV disalah erti.

"Setiap malam saya ikuti perkembangan Gaza... setiap malam saya ikut situasi di Gaza.

"Saya bukan orang yang tidak ada perasaan dan pegangan... sedangkan tengok kucing jalanan pun saya boleh menangis bengkak-bengkak mata... inikan pula apabila saudara sesama Islam dianiaya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Kenapa saya dinilai begitu teruk"... Aishah tak tahu apa silap tersingkir awal All Stars Gegar Vaganza

ARTIKEL BERKAITAN: Kesal dihina pengacara tua kaki carut, Aishah beri kata dua... Padam hantaran atau berdepan saman!

Aishah berkongsi perkara itu ketika menjawab mengenai video tular selepas dia secara berseloroh membuat andaian dirinya yang mengaitkan dengan gaza.

Menjelaskan perkara itu, Aishah berkata, ia hanya sekadar perumpamaan dengan mengambil situasi di Gaza bukan disebabkan oleh tidak sensitif tentang isu berkenaan.

"Gelak bukan tentang Gaza tapi saya sudah boleh bayangkan macam mana netizen 'bedil' saya kaw-kaw kalau saya silap menjawab soalan wartawan itu.

"Video diedit in a certain kadang-kadang situasi ketika itu berlainan... dan saya tidak pernah terfikir pun untuk mempersendakan Gaza," katanya.

Sebelum ini, aksi dan kenyataan Aishah pada sidang media ASGV Ahad lalu mendapat perhatian ramai apabila netizen menyifatkan penyanyi itu tidak sensitif membuat jenaka berkenaan isu Gaza.

Aishah menerusi video tular itu, wartawan bertanyakan soalan adakah persembahannya pada malam Ahad layak untuk disingkirkan.

Dengan bersahaja, penyanyi itu menjawab 'nanti orang kata saya bitter... saya tidak mahu komen kerana saya akan diserang seperti Gaza'.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain