suria

[V] Yasin Sulaiman sempat gubah 13 lagu dalam tahanan penjara, sudah fikir calon penyanyi

Yasin berhasrat untuk berkolaborasi dengan beberapa orang penyanyi.

PENYANYI dan komposer Yasin Sulaiman berjaya menyiapkan 13 buah lagu sepanjang berada dalam tahanan penjara sejak Mac tahun lalu.

Yassin atau Muhammad Yasin Sulaiman, 47, berkata, dia juga ada terfikir beberapa calon nama penyanyi untuk merakamkan lagu-lagu berkenaan.

"Saya sudah siapkan 13 buah lagu dalam penjara, keluar nanti Insya-Allah akan rakamkan dan akan kongsikan kepada semua.

AA

Yasin sudah mempunyai beberapa calon penyanyi yang diinginkan.

"Saya ada juga terfikir untuk berkolaborasi dengan beberapa orang penyanyi untuk merakamkan lagu yang saya gubah," katanya kepada mStar.

Yasin berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas perbicaraan kes dadah yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Yasin Sulaiman berdepan hukuman sebat, penjara didapati bersalah pertuduhan berkaitan dadah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Yasin makan ubat 10 tablet sehari, mahu terus terima rawatan di Tanjung Rambutan

Dalam pada itu, pelantun lagu Mimpi Laila ini meluahkan rasa kecewa apabila proses pembelaan tiga pertuduhan terhadapnya tidak dapat diselesaikan.

"Hari ini sepatutnya hari pembelaan terakhir tetapi ada sedikit terbantut kerana pihak pendakwaan ada kecemasan pula," ujarnya.

Pada perbicaraan yang berlangsung, pihak pendakwaan mencadangkan Yasin berada dalam keadaan normal serta sihat sehingga hari penyanyi itu ditangkap tahun lalu.

Hakim Faiz Dziyauddin menetapkan 23 Oktober ini bagi menyambung perbicaraan.

Untuk rekod, Yasin didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

YASIN1 - 1

Yasin kecewa apabila proses pembelaan tiga pertuduhan terhadapnya tidak dapat diselesaikan.

Penyanyi itu juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah di kediamannya di Persiaran Surian, Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara pukul 5.30 petang, pada 24 Mac tahun lalu.

Pertuduhan memiliki dadah mengikut Seksyen 6 ADB dan boleh dipenjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh disebat tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan menanam pokok kanabis, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) ADB dan boleh dipenjara seumur hidup serta sebat tidak kurang enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain