LANTANG bersuara isu keamanan di bumi Palestin, pelakon Nadhir Nasar menganggap ia adalah tugas terbaik sebagai sebagai seorang selebriti berkongsi sokongan. Malah kata Nadhir atau Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 27, dia juga tidak bimbang jika sokongan terhadap Palestin memberi kesan terhadap penglibatannya dengan mana-mana jenama antarabangsa. "Kalau ada yang rasa takut disekat oleh mana-mana jenama, apa yang saya boleh katakan semua itu hanya sementara. Apa yang kita miliki ini sementara sahaja. Nadhir percaya pada rezeki. "Jadi perjuangan yang saya buat ini adalah untuk perjalanan saya lebih jauh lagi. Saya harus lakukan ini. "Saya ada platform dan pengaruh. Saya perlu cakap perkara yang benar. Tak perlu takut hilang punca rezeki," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Nadhir Nasar tidak patah semangat MV ‘Malampagi’ dikritik berunsur lucah... "Kalau tak ikut Barat macam mana nak dapat kualiti Netflix" ARTIKEL BERKAITAN: Nadhir Nasar budak baharu tapi lantang bersuara, berani kritik filem 'Vik2ria Secret'... "Siapa lagi nak bangkitkan isu ini?" Nadhirberkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis sidang media drama terbaharu lakonannya berjudul My Famous Ex-Boyfriend yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selesa. Nadhir diminta mengulas pekara itu selepas ramai dalam kalangan selebriti terkenal dunia menerima kesan susulan sokongan mereka terhadap nasib menimpa Palestin ketika ini. Saya ada platform dan pengaruh. Saya perlu cakap perkara yang benar. Tak perlu takut hilang punca rezeki. NADHIR NASAR PELAKON Tambah Nadhir dia tegas menyatakan pendirian kerana ia salah satu cara perjuangan membela mangsa perang. "Apa lagi yang boleh saya buat? Kalau nak pergi berperang, adakah iman saya sudah cukup kuat? Ini sahaja cara saya untuk tunjukkan sokongan terhadap saudara Islam di sana. "Kita tidak boleh bercakap soal keamanan atau hak asasi kerana ia sudah tertulis begitu. Jadi dalam isu ini kena pilih pihak mana kita sokong. "Apabila sudah menyokong saya perlulah lantang bersuara," ujarnya. Dalam masa sama pelakon ini juga tidak kisah sekiaranya ada yang anggap sokongannya itu hanya ketika isu perang sedang hangat diperkatakan. Nadhir tidak takut bersuara untuk menyokong Palestin. Bagi Nadhir sedikit sokongan atau suara yang dilontar sudah cukup memberi makna dalam perjuangan membantu Palestin. "Tak kisahlah seseorang selebriti untuk sokong bermusim. Buat baik sedikit pun sudah cukup daripada tidak melakukan apa-apa. "Siapa yang tak buat apa-apa tindakan itu lebih teruk," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!