SUSULAN tidak dapat bertemu anak perempuannya, penyampai radio Hot FM iaitu Fizi Ali tidak teragak-agak membawa masalah tersebut ke mahkamah syariah. Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 34, berkata, dia juga sudah mendapatkan nasihat peguam namun masih membuat siasatan sebelum mengambil sebarang tindakan. "Saya akan bawa ke muka pengadilan... Saya juga tidak boleh komen lanjut sebab bimbang ia akan ganggu siasatan. Fizi tidak tahu di mana anaknya berada. "Peguam juga nasihatkan supaya saya tak bercakap tentang perkara ini. Apabila ada tindakan lanjut nanti saya akan maklumkan," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad. Fizi sebelum itu meluahkan rasa kesal apabila dia tidak dapat berjumpa anaknya iaitu Ameena Sofia bagi meraikan hari graduasi pra sekolah kanak-kanak tersebut. Menurut Fizi juga dia sudah cuba menghubungi bekas isterinya iaitu pelakon Shakilla Khoriri namun panggilan dan juga pesanan WhatsApp tidak berjawab. ARTIKEL BERKAITAN: “Daddy tak tahu awak dekat mana sekarang” - Fizi Ali sedih datang majlis graduasi tapi anak tak muncul ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak tiri Fizi Ali trauma pergi sekolah, dituduh pembuli isu tekap mulut Ameena "Saya langsung tidak dapat hubungi dia. Dari awal lagi dah cuba call tetapi dia tidak angkat panggilan," ujarnya. Pada majlis garduasi yang berlangsung di Cyberjaya pada Sabtu, Fizi hadir membawa bunga buat Ameena namun kelibat kanak-kanak tersebut tidak kelihatan di lokasi berkenaan. Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya juga Fizi turut meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat melihat persembahan Ameena sempena tamat sesi pra sekolah itu. Saya langsung tidak dapat hubungi dia. Dari awal lagi dah cuba call tetapi dia tidak angkat panggilan FIZI ALI PENYAMPAI RADIO "Saya pergi ke sana, masuk ke dewan dan tunggu majlis berlangsung. Memang anak saya tiada di sana," jelasnya. mStar juga cuba mendapatkan komen balas Shakilla namun tidak berjaya. Shakilla tidak memberi sebarang maklum balas apabila dihubungi Fizi. Untuk rekod Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perceraian padan Disember 2021. Fizi kemudian mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!