SUSULAN timbul desas desus rumah tangganya dikatakan bergolak, pelakon Nur Fazura menegaskan hubungannya dengan Fattah Amin berada dalam keadaan baik. Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkata, dia jarang memuat naik gambar bersama suami di laman sosial kerana kesibukan kerja dan tidak tahu menahu mengenai gosip diperkatakan orang ramai mengenai perkahwinannya. “Kalau ada spekulasi di luar sana itu semuanya tidak betul, saya dah Fattah okay saja cuma kami berdua agak sibuk dengan kerja. Fazura sangkal segala dakwaan netizen. “Saya tak tahu hujung pangkal datang dari mana, apa punca isu tersebut timbul. “Saya pun jarang jumpa Fattah sebab jadual kami tak sama, pagi dia keluar ke set penggambaran dan malam baru balik,” katanya kepada mStar. Fazura berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Pelancaran Koleksi Merdeka 2024 Prospec KPM X Fazura yang berlangsung di Hotel Westin, Kuala Lumpur. Dalam pada itu, Fazura turut merasakan tiada keperluan untuk dia mempamerkan kemesraan bersama Fattah hanya kerana mahu memuaskan hati peminat di luar sana. ARTIKEL BERKAITAN: Foto Fazura dan anak ‘wallpaper’ telefon, keluarga nombor satu buat Fattah Amin ARTIKEL BERKAITAN: Fazura respon pertanyaan mana Fattah Amin, pilih tak kongsi hal peribadi - “Ada di rumah” “Mungkin tertanya-tanya sebab dah lama tak nampak kami bersama di media sosial. “Kalau tiba-tiba kami kongsi gambar untuk puaskan hati semua orang itu memang tiada dan saya rasa tak perlu saya buat semua itu hanya mahu buktikan kami bahagia,” jelasnya. Sementara itu, pelakon drama Lelaki Itu turut menjelaskan dia mengambil pendekatan tidak mahu mempamerkan kebahagiannya di media sosial kerana simpati terhadap apa yang terjadi di Palestin. Jelasnya, dia mahu menggunakan platform yang dimiliki untuk bersuara dan memperjuangkan nasib mangsa-mangsa kekejaman rejim Israel yang kehilangan orang tersayang. Saya rasa tak patut buat perkongsian tunjuk kebahagian saya dengan suami. FAZURA PELAKON “Sejujurnya saya memang kurangkan untuk tunjuk kemesraan sangat susulan isu Palestin, saya cukup terkesan dengan apa yang terjadi. “Saya rasa tak patut buat perkongsian tunjuk kebahagian saya dengan suami, sedangkan mereka di Palestin sedang bertarung nyawa sampai hilang anak-anak dan keluarga,” ujarnya. Untuk rekod, Fazura dan Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 33, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun. Fazura keluarkan 12 corak baharu sempena Hari Kebangsaan. Dalam perkembangan lain, Fazura tampil memperkenalkan koleksi tudung sempena Hari Merdeka 2024 menerusi kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Koleksi edisi terhad ini menampilkan 12 rekaaan unik yang selaras dengan tema Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu ‘Malaysia Madani Jiwa Merdeka’. Corak rekaan ini dihasilkan dengan elemen yang menggambarkan Malaysia seperti bangunan ikonik, imej flora dan fauna dengan gabungan warna-warna tema jalur gemilang. Orang ramai boleh mula mendapatkan koleksi tudung ini di pasaran bermula pada 25 Julai 2024 menerusi platform atas talian. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!