SETIAP hari pasti ada sahaja perkara baharu yang dimuat naik pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah di laman sosial miliknya yang mengundang kecaman netizen. Kali ini, Nonny atau Nonny Nadirah Zainuddin, 34, muncul berkemban sambil terkangkang ketika menjual produk. Dalam video yang dimuat naik, Nonny hanya membalut tubuhnya dengan sehelai tuala berwarna maroon sambil mencangkung sehingga hampir menampakkan alat sulitnya. Nonny berkemban sambil terkangkang ketika menjual produk. Malah dia juga menggunakan nada suara menggoda ketika berkongsi mengenai butiran dan harga produk jualannya. Tindakan Nonny itu dipercayai meniru adegan yang pernah dilakonkan pelakon Datin Sofia Jane menerusi filem Perempuan, isteri dan... yang pernah popular pada 1993. Bagi mengelak kecaman, Nonny juga menutup ruang komen hantarannya itu. ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadirah buat hal lagi, video wanita menari sambil bertuala cetus perhatian netizen ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik video botakkan kepala, perkongsian Nonny Nadirah curi perhatian netizen Video berkenaan meraih ribuan tanda suka selepas 13 jam dimuat naik. Kebelakangan ini, nama Nonny kembali menjadi perhatian dengan kontroversi membuat hataran keterlaluan sehingga menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak. Malah dia juga pernah mendedahkan dirinya menjadi mangsa sihir seseorang sehingga wajahnya mengalami perubahan akibat sihir. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!