suria

Harith Iskander mengaku kesilapan diri punca isteri fail cerai... Tampil bersama jawab isu rumah tangga

Harith dan isteri akhirnya buka mulut mengenai kemelut rumah tangga.

PELAKON dan pelawak Harith Iskander dan isteri iaitu Dr Jezamine Lim akhirnya tampil berkongsi mengenai penceraian mereka yang hangat diperkatakan ketika ini.

Harith, 58, mengakui rumah tangga mereka bergolak berpunca daripada dirinya dan keputusan untuk bercerai dicapai atas persetujuan bersama.

"Keputusan ini tidak berlaku secara tiba-tiba tapi ia menjadi kecoh selepas foto Jezamine failkan penceraian jadi tular.

"Saya seorang lelaki bodoh yang sudah melakukan perkara tidak sepatutnya. Saya tak mahu memberi alasan mengenai itu tapi saya melakukan perkara bodoh yang ramai lelaki lakukan pada usia saya.

2790774

Penceraian Harith dan isteri hangat diperkatakan.

"Saya tak nak berkongsi lebih terperinci sebab kami mempunyai tiga orang anak yang masih muda dan mereka akan menonton video ini suatu hari nanti," katanya.

Harith berkongsi perkara itu menerusi sebuah podcast yang dimuat naik di saluran YouTube The Rakyat Post.

Berkongsi lebih lanjut, Harith berkata keputusan tersebut dibuat bukan dalam masa singkat sebaliknya sudah difikirkan selama bertahun-tahun.

Katanya, dia dan isteri juga sudah mendapatkan bantuan kaunseling serta berkongsi dengan orang dipercayai tentang masalah dihadapi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Jezamine fail cerai terhadap Harith Iskander

ARTIKEL BERKAITAN: Harith Iskander dan isteri masih kekal hubungan baik, sertai pertandingan pickle ball bersama anak-anak

Bagaimanapun selepas berfikir panjang mereka memilih untuk berpisah secara baik kerana enggan merosakkan persahabatan yang terbina.

"Untuk ambil keputusan berpisah ini agak lama dan bukan semalam. Sudah bertahun-tahun saya membuat kesilapan dan isteri sudah menjalankan tugasnya dengan baik.

"Kami melalui tempoh yang menyedihkan malah sudah pergi mendapatkan kaunseling perkahwinan serta bercakap dengan kawan-kawan.

Dia tidak mendera saya seperti dikatakan orang.

DR JEZAMINE LIM

ISTERI HARITH ISKANDER

"Sampailah saya sedar kami lebih sesuai menjadi rakan baik dan tidak mahu ia hancur disebabkan penceraian," ujarnya.

Sementara itu, Dr Jezamine yang turut serta dalam podcast berkenaan menyangkal dakwaan dia menjadi mangsa didera Harith seperti dikatakan netizen.

"Dia tidak mendera saya seperti dikatakan orang," ujarnya ringkas.

Kisah keretakan rumah tangga Harith mula menjadi bualan selepas gambar Dr Jazemine bersama peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir tersebar.

harith 11

Harith dan Jezamine mempunyai tiga orang anak bersama.

Menerusi temu bual bersama mStar, Dr Jezamine mengesahkan dia telah memfailkan permohonan cerai pada bulan lalu manakala Harith pula enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut ketika itu.

Sebutan perceraian mereka yang dijadualkan berlangsung pada 15 Julai lalu terpaksa ditangguhkan atas sebab beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

Untuk rekod Harith dan Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, yang berusia 9 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain