suria

Harith Iskander serah hak penjagaan anak kepada isteri, kekal hubungan baik jika sudah berpisah

Harith dan isteri utamakan kehidupan anak-anak selepas bercerai.

PELAKON dan pelawak Harith Iskander mengambil keputusan menyerahkan hak penjagaan tiga anaknya kepada isteri iaitu Dr Jezamine Lim sekiranya mereka berpisah kelak.

Harith, 58, berkata, Dr Jezamine sebagai ibu berhak menuntut perkara itu dan dia berpuas hati diberikan hak lawatan bagi mengelakkan rutin harian anak-anak terganggu disebabkan penceraian mereka.

"Sebagai ibu, Jezamine mempunyai hak penjagaan manakala saya pula hak lawatan sebab kami ingin mengekalkan rutin yang sama seperti sebelum ini.

"Kami akan bawa anak-anak keluar bersama. Dia seorang ibu yang luar biasa, saya melakukan apa yang saya mampu,” katanya.

2790774

Perpisahan Harith dan isteri jadi bualan ramai.

Harith berkongsi perkara itu menerusi sebuah podcast yang dimuat naik di saluran YouTube The Rakyat Post.

Dalam pada itu, Harith memberitahu dia tinggal berhampiran rumah anak dan isterinya demi menjaga kepentingan cahaya mata mereka.

Malah dia memberi jaminan perpisahan itu tidak akan merosakkan hubungannya dengan anak-anak.

Dia juga percaya anak-anak juga memahami keputusan ibu bapa berpisah meskipun mereka masih di usia muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Harith Iskander mengaku kesilapan diri punca isteri fail cerai... Tampil bersama jawab isu rumah tangga

ARTIKEL BERAKITAN: Dr Jezamine fail cerai terhadap Harith Iskander

"Alhamdulillah, sejak hari itu (mereka diberitahu tentang perceraian), mereka benar-benar menerimanya dengan baik," ujarnya.

Menerusi siaran podcast sama, Harith dan Dr Jezamine tampil berkongsi mengenai berita penceraian mereka yang hangat diperkatakan ketika ini.

Harith bagaimanapun mengakui rumah tangga mereka bergolak berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri.

Kisah keretakan rumah tangga Harith mula menjadi bualan selepas gambar Dr Jazemine bersama peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir tersebar.

harith 11

Harith dan isteri kekalkan hubungan baik demi anak-anak.

Menerusi temu bual bersama mStar, Dr Jezamine mengesahkan dia telah memfailkan permohonan cerai pada bulan lalu.

Sebutan perceraian mereka yang dijadualkan berlangsung pada 15 Julai lalu terpaksa ditangguhkan atas sebab beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

Untuk rekod, Harith dan Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, yang berusia 9 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain