suria

“Anak orang lain ditimang-timang” - Zara Zya minta jangan tanya fasal bapa, dah lama pendam perasaan

Zara sudah lama pendam rasa marah terhadap bapanya.

LAMA memendam perasaan, pelakon Zara Zya berkongsi luahan hati memberi gambaran hubungannya dengan bapa kandung berdepan masalah sejak sekian lama lagi.

Kata Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 39, sudah beberapa kali dia menyekat akaun palsu yang mengaku sebagai orang tuanya dan memburukkan dirinya di media sosial.

"Ayah saya? Dah berapa banyak akaun palsu dia saya sudah sekat.

size NP 1 - 2024-07-16T163259.668

Threads Zara berhubung dia dihina bapa kandungnya sendiri.

"Hina saya, mengata saya di media sosial. Itu baru secara online, semestinya lebih rancak di luar," katanya.

Zara meluahkan rasa tidak puas hati itu menerusi aplikasi Thread miliknya.

Dalam pada itu, aktres itu meminta orang luar supaya berhenti bertanya mengenai bapanya itu.

"Pernah wartawan cari saya dan cakap ada seorang lelaki hubungi, cerita mengenai saya dan dia kenalkan diri sebagai ayah saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya kembali ‘berkampung’ di hospital, terkena jangkitan kuman selepas pembedahan

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor kesan pelbagai masalah kesihatan, Zara Zya bakal jalani pembedahan

"Bukti banyak saya simpan. Jadi jangan tanya mana ayah saya siapa ayah saya," ujarnya.

Menerusi hantaran berbeza, Zara juga dilihat menulis berkenaan layanan seseorang terhadap keluarga dipercayai mempunyai kaitan dengan dirinya.

"Anak orang lain ditimang-timang, keluarga orang lain di sayang-sayang. Keluarga sendiri? Di tendang-tendang," tulisnya.

size NP 1 - 2024-07-16T163404.544

Zara kini sedang berada di hospital bagi mendapatkan rawatan akibat jangkitan kuman.

Sementara itu, rata-rata pengikut meminta Zara supaya bersabar dan mengawal api kemarahan yang sudah lama dipendam.

Malah mereka mendoakan Zara tabah menghadapi ujian tersebut.

Sebelum ini, Zara pernah meluahkan perkara sama di Threads miliknya dengan mendedahkan sikap sebenar ayahnya.

Pelakon itu merasakan dirinya ada ayah tetapi macam ‘tiada’ disebabkan lelaki berkenaan suka melakukan penghinaan terhadapnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain