suria

Harith Iskander dan isteri beri kerjasama baik, sebutan kes cerai 15 Julai ditangguhkan

Kes penceraian Harith dan isteri ditangguhkan.

SEBUTAN kes penceraian pelakon dan pelawak Harith Iskander dan isteri iaitu Dr Jezamine Lim pada 15 Julai ini ditangguhkan ke tarikh lain.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, perbicaraan kes itu terpaksa ditunda disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

Kata Akberdin, pasangan berkenaan komited dan memberi kerjasama baik bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Untitled design (16)

Akberdin ketika ditemui media.

"Seperti sedia maklum, kes itu memang wujud. Tarikh sudah ada tapi ditunda kerana mahkamah ada urusan lain. Pihak kami akan maklumkan tarikh baru selepas ini.

"Kedua-duanya memberi kerjasama yang baik. Jadi tunggu tarikh baru yang akan dimaklumkan," katanya kepada mStar.

Akberdin berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas sebutan kes pukul pelakon Hafidz Roshdi di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Jezamine fail cerai terhadap Harith Iskander

ARTIEKL BERKAITAN: Jezamine Lim Sah Isteri Harith Iskander

Pada 9 Julai lalu, Dr Jezamine ketika dihubungi mStar mengesahkan sudah memfailkan cerai terhadap Harith, 57, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekitar Jun lalu.

Sebelum itu, foto Dr Jezamine dan Akberdin di hadapan dewan mahkamah menimbulkan desas desus mengenai rumah tangga pasangan tersebut.

Untuk rekod Harith dan Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, yang berusia 9 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain