suria

Reman Alif Teega dan Aisyah Hijanah disambung 3 hari lagi

Mahkamah membenarkan tempoh reman Alif dan Aisyah disambung.

TEMPOH tahan reman pasangan pempengaruh media sosial Aisyah Hijanah dan Alif Teega disambung selama tiga hari lagi sehingga 16 Julai ini.

Majistret Siti Zahirah Zaidon memberi kebenaran kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyambung reman terhadap pasangan suami isteri itu selain dua lagi individu.

alip - 1

Aisyah dan Alif direman bagi membantu siasatan atas dakwaan menyeleweng dana derma awam.

Pada 10 Julai, SPRM menahan Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, dan Aisyah, 26,dipercayai bagi membantu siasatan atas dakwaan menyeleweng dana derma awam.

Pasangan itu sebelum ini pernah tampil menafikan dakwaan berkenaan dan mahu mengheret pemfitnah ke mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Alif Teega dan Aisyah Hijanah direman 4 hari, bantu siasatan SPRM dakwaan salah guna kuasa

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Teega tenang di mahkamah, mohon orang ramai doakan dia dan isteri

Pada 11 Julai, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan reman terhadap Aliff dan Aisyah yang dibuat SPRM.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin dan pasangan itu direman selama empat hari yang sepatutnya berakhir pada Ahad.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain