BERANI tampil dengan penampilan seksi di media sosial, penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah sekali lagi meraih perhatian ramai menerusi video terbaharu yang dimuat naik di Instagram. Menerima komen negatif daripada netizen yang menuduh dia mahu menjual diri, Nonny atau Noony Nadirah Zainuddin, 34, menafikan perkara tersebut dan memberitahu dia tidk melakukan pekerjaan terkutuk itu. "Seksi sahaja tapi tak jual diri untuk cepat kaya. Saya jual produk. Nonny berani tampil berkemban. "Kalau order main-main, aku maki setiap orang," ujarnya. Nonny menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Isnin selepas berkongsi video ketika dia sedang mandi. Tidak lama selepas itu, penyanyi ini juga memuat naik video memperlihatkan dirinya berkemban dan memberitahu tuala mandi yang dipakai itu adalah untuk jualan. ARTIKEL BERKAITAN: Hati belum tertutup buat lelaki, Nonny Nadirah tunggu jodoh kiriman Tuhan ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadirah tak dahaga kemewahan, impi hidup bahagia tanpa gangguan - “Sihir hari-hari, Ruqyah diri sendiri” Bercakap mengenai hubungan cinta, Nonny menegaskan dia sedang melalui fasa bahagian dan sama sekali tidak merancang untuk mencari teman hidup. "Aku tak mahu kahwin, aku tak mahu teman lelaki. Dah empat tahun tak disentuh. Aku bahagia macam ini," ujarnya. Kebelakangan ini, nama Nonny kembali menjadi perhatian dengan kontroversi membuat hataran keterlaluan sehingga menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!