ENGGAN berselindung mengenai soal hati, penyanyi Adira Suhaimi mengakui dia dan Datuk Red kini sedang dalam fasa kembali menjalinkan hubungan serius selepas mereka sah bercerai pada April lalu. Selain faktor anak-anak, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, berkata dia terbuka hati untuk memberikan peluang kedua kepada bekas suaminya itu selepas melihat usaha yang dilakukan oleh Datuk Red. "Saya pun tak nak menipu lagi, sekarang ini saya sedang membuka peluang kepada Datuk Red. Adira dan Adnan kerap berniaga bersama. "Sebenarnya anak-anak pun menjadi salah satu sebab, tapi Datuk Red juga menunjukkan usahanya. "Tak tahu macam mana terjadi sebab kami fokus kepada perniagaan... orang kata sambil menyelam minum air," katanya ketika dihubungi mStar. Adira bagaimanapun memberitahu dia enggan terburu-buru untuk bersatu kembali, sebaliknya membiarkan Adnan mengejar impiannya terlebih dahulu. Malah, penyanyi lagu Kesempatan Bagimu ini juga tidak menyangkal dakwaan mereka bakal disatukan pada hari raya Aidilfitri akan datang. ARTIKEL BERKAITAN: Sudah berbincang dengan keluarga, Datuk Red dan Adira rancang bersatu kembali ARTIKEL BERKAITAN: [V] ‘Unfollow’ bekas suami di media sosial, Adira mahu jaga pandangan dan hati - “Tak bermakna kami gaduh” "Saya nak bagi dia kerja cita-cita dan betulkan apa-apa yang patut dahulu. "Kembali bersatu (kahwin) dalam perancangan lagi dan kami pun ada berbincang mengenai perkara ini. Kami bukan muda lagi nak sorok-sorok berita gembira ini. "Tapi saya tak harap lebih-lebih hanya follow the flow," ujarnya. Dalam pada itu, Adira mengakui hubungan yang kembali pulih antara mereka ini membuatkan dia dan Datuk Red lebih fokus kepada perniagaan mereka. Dia faham kerja saya dan saya pun faham kerja dia. ADIRA SUHAIMI PENYANYI "Saya boleh fokus dengan kerja saya begitu juga dia... walaupun hati kami berbunga-bunga tapi tiada had dalam berkerja. "Dia faham kerja saya dan saya pun faham kerja dia," ujarnya. Sebelum ini, menerusi temu bual bersama mStar, Adnan, 46, memberitahu dia kini dalam proses kembali menjalinkan hubungan serius dengan Adira. Adira sedang dalam fasa bahagia. Adnan berkata dia juga sudah berbincang dengan keluarga Adira mengenai perancangan perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada hari raya Aidilfitri tahun depan. Adira dan Adnan sah bercerai talak satu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga pada 24 April lalu. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek,6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob, 2 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!