USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa bengang dengan seorang individu yang didakwa masih belum melunaskan hutangnya. Kata Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, lelaki yang juga merupakan bapa kepada seorang ikon fesyen itu didakwa belum membayar hutang yang dianggarkan berjumlah puluhan juta ringgit. "Beli jam harga beribu, pergi London naik kapal terbang kelas pertama, aku pun naik ekonomi. Aliff dakwa bapa ikon fesyen berhutang puluhan juta ringgit dengannya. "Bulan Julai tak selesai (hutang) siap! Aku viralkan! Janji bulan dan bintang... katanya anak pun jutawan. "Anak seorang ikon fesyen, tapi saya tak nak sebut, saya dah buat surat pada bapa dia untuk selesaikan dan amaun tersebut cecah puluhan juta," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Aliff menerangkan hutang berkenaan merupakan projek usaha sama dalam perniagaan hartanah yang disertai. "Ini projek usaha sama, perniagaan hartanah, sepatutnya bila melabur saya akan dapat keuntungan daripada situ. ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri menang saman fitnah, mahu heret bekas pembantu peribadi ke penjara ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Makcik minta maaf pun tak ikhlas!” - Aliff Syukri jijik tengok video Melati, dah kalah pandai pula menangis "Saya sertai sebab kreadibiliti dia sebagai seseorang yang berpengaruh, tapi nampak gaya macam saya dah hampir nak ditipu. "Tapi saya tak nak dedahkan lagi sebab masih dalam perbincangan untuk diselesaikan, sepatutnya dah kena bayar," jelasnya. Tambah Aliff, jika individu itu enggan menyelesaikan hutang berkenaan, dia akan mengambil tindakan undang-undang dan mendedahkan identiti lelaki berkenaan. Malah usahawan itu merasakan seperti dirinya yang bersalah kerana perlu meminta-minta duitnya sendiri. Aliff beri tempoh sehingga hujung bulan Julai untuk selesaikan hutang tersebut. "Kalau dia tak bayar, peguam saya akan ambil tindakan dan kedua, saya akan dedahkan individu tersebut. "Tiada duit buat cara tiada duit, bayar hutang dulu! "Dia nak buat pelaburan saya bantu tapi bila saya minta duit dah macam penagih, silap hari bulan aku pula dia nak saman," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube