suria

Langgar kontrak, Armani Entertainment minta Michael Ang bayar RM500,000

Armani Entertainment mengambil tindakan undang-undang untuk menyaman Michael Ang sebanyak RM500,000.

SYARIKAT pengurusan Armani Entertainment menuntut semula bayaran sebanyak RM500,000 daripada Michael Ang selepas pengarah itu gagal melaksanakan beberapa tugas mengikut kontrak dalam perjanjian strategik antara mereka.

Menurut Ketua Eksekutif Armani Entertainment Datuk KK Chua, tindakan tersebut diambil selepas pihaknya mendapati Micheal melanggar kandungan dalam dua kontrak sepanjang tiga tahun kerjasama mereka.

Antaranya Michael memberikan jaminan memasukkan artis naungan syarikat itu dalam dua program realiti televisyen popular dan juga tawaran sebagai pelakon utama serta pelakon pembantu dalam drama terbitan sutradara itu.

size NP 1 - 2024-07-24T155012.890

Armani Entertainment ambil tindakan undang-undang terhadap Michael Ang.

"Kami sudah membayar sebanyak RM500,000 iaitu RM250,000 secara tunai manakala RM250,000 untuk penyumbangan renovasi rumahnya di Desa Park, Kuala Lumpur bagi rancangan Fix It Till U make It.

"Bagaimanapun Michael hanya melaksanakan tiga tugas yang terkandung dalam kontrak iaitu memasukkan sebuah runut bunyi, memberi watak pelakon pembantu dan menjadi juri di enam lokasi.

"Perjanjian sudah ditandatangani pada 1 Oktober 2021 tetapi sehingga kini, Michael tidak memenuhi tanggungjawab yang dijanjikannya," katanya kepada pemberita.

Chua ditemui semasa sidang media Armani Entertainment yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada petang Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna wajah influencer Korea Selatan jual produk kecantikan, Michael Ang hampir tertipu

ARTIKEL BERKAITAN: Michael Ang tak layan artis baharu feeling diva, jawab dakwaan ‘pilih bulu’ bagi job pelakon rapat

Menurut Chua, selepas pelanggaran pertama, Micheal meminta agar diberikan masa dan menandatangani kontrak kedua pada 2 September 2022.

"Dia tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dalam kontrak pertama dan enggan memulangkan wang kepada kami.

"Selepas beberapa kali pertemuan dia meminta untuk berikan peluang kedua dan satu lagi kontrak ditandatangani," jelasnya.

size NP 1 - 2024-07-24T155112.449

Michael Ang didakwa melanggar kontrak perjanjian dengan Armani Entertainment.

Sementara itu, peguam KK Chua, Lim Zi Hwei memaklumkan sebutan kes pertama akan diadakan pada 5 Ogos depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

"Setelah mengambil kira pelbagai faktor, pihak kami telah menfailkan saman kepada Michael.

"Saya berharap pengalaman malang yang menimpa pihak Armani Entertainment boleh dijadikan peringatan untuk orang di luar sana supaya lebih berhati-hati,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain