suria

[V] “Biasalah artis kena saman”... Michael Ang serah kepada peguam isu tuntutan bayaran RM500,000

PENGARAH dan penerbit Michael Ang menyerahkan kepada peguam berhubung tuntutan bayaran sebanyak RM500,000 daripada syarikat pengurusan Armani Entertainment.

Kata Michael, 48, dia enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan telah melanggar kandungan dalam dua kontrak perjanjian kerjasama antaranya dengan syarikat berkenaan sebelum ini.

"Saya tak ada komen, biar peguam jalankan tugas mereka," katanya ringkas ketika dihubungi mStar.

size NP 1 - 2024-07-24T155012.890

Armani Entertainment tuntut RM500,000 daripada Michael Ang.

Sementara itu, menerusi Instagram, Michael memberitahu dia sedang sibuk dengan penggambaran drama dan isu ini timbul kerana masing-masing merasakan mereka berada di pihak yang benar.

"Biasalah orang atau artis kena saman. Dia orang fikir dia orang betul dan saya fikir saya betul. Jadi mula saman menyaman.

"Banyak lagi masalah kan Malaysia dari kes saman. He says she says!" ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna wajah influencer Korea Selatan jual produk kecantikan, Michael Ang hampir tertipu

ARTIKEL BERKAITAN: Langgar kontrak, Armani Entertainment minta Michael Ang bayar RM500,000

Pada Rabu, syarikat pengurusan Armani Entertainment menuntut semula bayaran sebanyak RM500,000 daripada Michael Ang selepas pengarah itu gagal melaksanakan beberapa tugas mengikut kontrak dalam perjanjian strategik antara mereka.

Menurut Ketua Eksekutif Armani Entertainment Datuk KK Chua, tindakan tersebut diambil selepas pihaknya mendapati Micheal melanggar kandungan dalam dua kontrak sepanjang tiga tahun kerjasama mereka.

Antaranya Michael memberikan jaminan memasukkan artis naungan syarikat itu dalam dua program realiti televisyen popular dan juga tawaran sebagai pelakon utama serta pelakon pembantu dalam drama terbitan sutradara itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain