suria

Keputusan kes bakal disebut di mahkamah, usahawan Haris Embong dakwa alami kerugian difitnah Fida Ibrahim

Keputusan saman fitnah Haris terhadap Fida akan diketahui tidak lama lagi.

KES saman fitnah usahawan Datuk Haris Embong terhadap pelakon Rafidah Ibrahim atau Fida sejak tahun 2021 bakal menemui titik noktah.

Menurut Haris, 47, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan kes itu dalam waktu terdekat, dijangka dalam minggu hadapan.

Sebelum pengumuman itu, Haris sempat menitip pesanan kepada Fida supaya menjaga bahasa yang digunakan agar tidak menabur fitnah kepada orang lain.

size NP 1 - 2024-07-24T171212.965

Perniagaan Haris terjejas selepas didakwa difitnah Fida pada 2021 lalu.

"Kita tunggu sahaja keputusan akhir di mahkamah tidak lama lagi.

"Pesanan saya pada Rafidah bersikap jujurlah. Jangan buat cerita bukan-bukan sebab ia melibatkan maruah," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Haris mendakwa imejnya terjejas disebabkan fitnah yang dilemparkan malah syarikatnya juga mengalami kerugian.

"Imej saya sebagai usahawan terjejas disebabkan fitnah terhadap saya. Syarikat pula mengalami kerugian seperti hasil jualan dan reputasi kami jatuh," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fida Ibrahim Terkilan Disingkir Rakan Kongsi

ARTIKEL BERKAITAN: Produser Mahu Saman, Sekat Bayaran Jika Fida Ibrahim Enggan Mohon Maaf

Bercerita lanjut, Haris berkata pada awal isu tersebut menjadi tular, dia sudah menghubungi Fida untuk selesaikan masalah tersebut dengan cara baik tetapi gagal.

Jadi usahawan dan pemilik Arisprop Holdings Sdn Bhd itu membuat keputusan untuk menuntut keadilan di mahkamah.

"Selepas saya berhentikan dia (Rafidah), dia tak puas hati dan buat cerita kata syarikat tak bayar gaji dan dia kena gangguan seksual.

"Pada awalnya dia tak sebut (identiti), tapi bila ramai bertanya dia petik nama saya dan syarikat.

size NP 1 - 2024-07-24T171248.259

Keputusan kes saman fitnah Haris terhadap Fida bakal diketahui tidak lama lagi.

"Saya ada hubungi dia tapi dia suruh cakap dengan peguam. Jadi saya buat keputusan untuk saman dia pada tahun 2021 atas fitnah yang dilakukan," jelasnya.

Untuk rekod, Fida pernah bekerja bersama Arisprop Holdings Sdn Bhd sebagai ketua pemasaran syarikat berkenaan.

Bagaimanapun aktres itu diberhentikan selepas berkhidmat selama tiga bulan bermula Jun 2021 kerana prestasi kerja yang kurang memuaskan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain