suria

Perbicaraan kes cerai secara tertutup, Harith Iskander dan isteri enggan isu rumah tangga diketahui umum

Harith dan Dr Jezamine hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis. Foto RAJA FAISAL HISHAN

PELAWAK Harith Iskander dan isteri Dr Jezamine Lim memohon perbicaraan kes penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis diadakan secara tertutup.

Peguam mewakili pasangan berkenaan Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, permohonan itu dibuat kerana tidak mahu masalah rumah tangga mereka diketahui umum.

"Mereka merupakan figura yang dikenali jadi mereka tidak mahu masalah rumah tangga itu dikongsi kepada umum," ujarnya.

Harith dan isteri mahu perbicaraan kes penceraian mereka dilakukan secara tertutup.

Dalam pada itu, Harith dan Dr Jezamine hadir ke mahkamah secara berasingan kira-kira pukul 11.50 pagi.

Namun pasangan itu kelihatan tenang dan berjalan beriringan masuk ke dewan perbicaraan.

Harith ketika disapa media memberitahu dia akan berkongsi lebih lanjut selepas selesai prosiding.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Jezamine fail cerai terhadap Harith Iskander

ARTIKEL BERKAITAN: Harith Iskander mengaku kesilapan diri punca isteri fail cerai... Tampil bersama jawab isu rumah tangga

“Saya akan kongsi selepas ini,” kata Harith secara ringkas kepada mStar.

Sebelum ini kisah keretakan rumah tangga Harith mula menjadi bualan selepas gambar Dr Jezamine bersama peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir tersebar.

Susulan itu, Harith mengakui rumah tangga mereka bergolak berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri.

harith1 - 1

Dr Jezamine memfailkan cerai terhadap Harith pada 8 Julai lalu.

Pada 8 Julai lalu, Dr Jezamine mengesahkan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Harith bagaimanapun mengunci mulut dan tidak mahu mendedahkan secara terperinci punca perpisahan mereka

Untuk rekod, Harith dan Dr Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, yang berusia 9 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain