suria

[V] Sudah tiada persefahaman, Harith Iskander dan Dr Jezamine Lim sah bercerai talak satu

SELEPAS 14 tahun mendirikan rumah tangga, pelawak Harith Iskander melafazkan talak satu terhadap isterinya iaitu Dr Jezamine Lim tepat pada pukul 12.05 tengah hari Khamis.

Harith atau Harith Iskander Musa, 58, melafazkan cerai dihadapan Hakim Syarie Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun perbicaraan tersebut dilakukan secara tertutup kerana tidak mahu masalah tumah tangga itu diketahui umum.

Harith menceraikan isteri dihadapan hakim

Harith menceraikan isterinya dihadapan Hakim Syarie Siti Noraini Mohd Ali.

Peguam syarie yang mewakili mereka, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pasangan itu bersetuju bercerai secara baik selepas tiada lagi persefahaman dalam perkahwinan mereka.

“Kami ada failkan dua permohonan. Satu permohonan cerai dan satu lagi permohonan nafkah. Permohonan penceraian sudah selesai. Talak satu pada 12.05 tengah hari.

“Biasalah, punca penceraian ialah tiada persefahaman. Mereka berdua masih berbaik demi anak-anak. Tiada masalah,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Perbicaraan kes cerai secara tertutup, Harith Iskander dan isteri enggan isu rumah tangga diketahui umum

ARTIKEL BERKAITAN: Harith Iskander mengaku kesilapan diri punca isteri fail cerai... Tampil bersama jawab isu rumah tangga

Sebelum ini kisah keretakan rumah tangga Harith mula menjadi bualan selepas gambar Dr Jezamine bersama Akberdin tersebar.

Dr Jezamine menerusi temu bual bersama mStar mengesahkan dia telah memfailkan permohonan cerai pada 25 Jun lalu.

Susulan itu, Harith mengakui rumah tangga mereka bergolak berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri.

harith4 - 1

Perbicaraan kes penceraian Harith dan Dr Jezamine dilakukan secara tertutup.

Harith bagaimanapun mengunci mulut dan tidak mahu mendedahkan secara terperinci punca perpisahan mereka.

Untuk rekod, Harith dan Dr Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, yang berusia 9 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain