SUDAH melakukan pelbagai cara menyelamatkan rumah tangganya, pelawak Harith Iskander terpaksa menerima hakikat perkahwinannya dengan Dr Jezamine Lim berakhir dengan penceraian. Harith atau Harith Iskander Musa, 58, berkata, dia dan bekas isteri sudah berusaha sehabis baik memperbaiki masalah yang berlaku namun tidak menemui jalan penyelesaian. "Bukan saya sahaja tetapi bekas isteri juga sudah berusaha cuba menyelamatkan rumah tangga kami. "Kami sudah lakukan segala-galanya tetapi perpisahan adalah langkah yang seterusnya. Perkahwinan mana yang tiada masalah? Harith sempat membetulkan tudung dipakai Dr Jezamine sebelum masuk ke dalam dewan perbicaraan. "Kalau anggap masalah sebab bercerai tak bagus juga. Setiap hubungan ada masalah cuma bezanya seberapa besar masalah itu yang akan membawa kepada keburukan," katanya kepada pemberita. Harith berkongsi perkara itu selepas selesai prosiding penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis. Walaupun sudah tiada ikatan suami isteri, Harith memberitahu hubungannya dengan Dr Jezamine masih baik dengan tiga anak-anak mereka yang sedang membesar. ARTIKEL BERKAITAN: Sudah tiada persefahaman, Harith Iskander dan Dr Jezamine Lim sah bercerai talak satu ARTIKEL BERKAITAN: Perbicaraan kes cerai secara tertutup, Harith Iskander dan isteri enggan isu rumah tangga diketahui umum Kata Harith, anak-anak juga sudah mengetahui tentang penceraian mereka namun akan memastikan apa yang berlaku tidak memberi kesan kepada emosi mereka. "Kami masih lagi berkawan baik demi kebaikan anak-anak. "Kami pun sudah memberitahu perkara ini (penceraian) kepada anak-anak malah memberi ruang untuk mereka bertanya apa sahaja. Setiap hubungan ada masalah cuma bezanya seberapa besar masalah itu yang akan membawa kepada keburukan. HARITH ISKANDER PELAWAK "Bagi saya mereka okay dan sebagai ibu bapa kami akan pastikan tiada apa akan menggangu mereka," jelasnya. Ketika ditanya mengenai peluang untuk kembali bersama, Harith hanya menyerahkan segala takdir kepada Allah. “Itu semua di tangan Allah, tiada siapa yang boleh kata segalanya akan terjadi esok. Masa sebelum kahwin pun saya tak pernah tahu esok akan kahwin. Mungkin satu hari kalau ditakdirkan bersama, insya-Allah,” katanya. Fokus Harith dan Dr Jezamine selepas ini adalah terhadap tiga anak-anak mereka yang sedang membesar. Harith dan Dr Jezamine sah bercerai talak satu tepat pukul 12.05 tengah hari pada Khamis dihadapan Hakim Syarie Siti Noraini Mohd Ali. Penceraian tersebut berlaku disebabkan tiada lagi persefahaman di antara mereka berdua. Untuk rekod, Harith dan Dr Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010. Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne yang berusia 9 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!