suria

Sudah memaafkan antara satu sama lain, Dr Jezamine minta henti kaitkan pengakuan Harith Iskander dengan isu curang

Dr Jezamine tidak menyalahkan Harith dalam penceraian mereka. Foto RAJA FAISAL HISHAN

BEKAS isteri Harith Iskander mempertahankan kenyataan pelawak berkenaan yang mengaku melakukan kesilapan sehingga rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian.

Dr Jezamine Lim, 41, sebaliknya menjelaskan penceraian itu adalah berpunca daripada tiada lagi persefahaman di antara mereka dan bukan disebabkan isu lain.

“Dia (Harith) mengaku sudah buat kesilapan dan kita patut menghormatinya sebab bukan mudah untuk seseorang mengeluarkan kenyataan apabila sudah buat salah.

TOP harithhh1 - 1

Harith dan Dr Jezamine sah bercerai talak satu pada Khamis.

“Apa pun penyebabnya, ia bukan satu masalah sebab apa paling penting kami memaafkan antara satu sama lain.

“Kami sudah berjanji untuk teruskan kehidupan dan lebih berjaya bersama-sama,” katanya kepada pemberita.

Dr Jezamine berkongsi perkara itu selepas selesai prosiding penceraian mereka di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah tiada persefahaman, Harith Iskander dan Dr Jezamine Lim sah bercerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah sehabis baik usaha perbaiki perkahwinan, Harith Iskander reda jodoh dengan Dr Jezamine tak panjang

Dr Jezamine juga berharap orang ramai tidak memanjangkan isu pengakuan Harith dan mengaitkan ia dengan dakwaan pelawak itu bersikap curang.

Ketika ditanya mengenai sikapnya yang kelihatan tenang berhadapan dengan perceraian, Jezamine berkata itu memang personaliti dirinya.

“Itu adalah personaliti saya, tapi saya selalu percaya kita sebagai wanita perlu berdiri atas kaki sendiri dan berdikari.

Apa pun penyebabnya, ia bukan satu masalah sebab apa yang penting kami memaafkan antara satu sama lain.

DR JEZAMINE

BEKAS ISTERI HARITH ISKANDER

“.Itu adalah satu-satunya nasihat yang saya boleh berikan kepada wanita di luar sana.

“Di penghujung hari, jangan jangkakan suami anda akan menjadi segala-galanya bagi awak. Saya tidak kata Harith begitu, dia adalah seorang suami dan ayah yang baik,” ujarnya.

Harith dan Dr Jezamine sah bercerai talak satu tepat pukul 12.05 tengah hari pada Khamis di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

harith2 - 1

Harith sebelum ini mengakui penceraian mereka disebabkan oleh dirinya.

Penceraian tersebut berlaku disebabkan tiada lagi persefahaman di antara mereka berdua.

Untuk rekod, Harith dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, yang berusia 9 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain