PELAKON dan pelawak Harith Iskander bersetuju untuk memberikan hak penjagaan penuh terhadap tiga anak-anaknya kepada bekas isteri iaitu Dr Jezamine Lim. Harith atau Harith Iskander, 58, berkata, persetujuan itu dibuat kerana enggan berbalah atau berebut hak penjagaan memandangkan mereka sudah pun membuat beberapa persetujuan sebelum ini. Jelas Harith, antara persetujuannya adalah dia mendapat hak lawatan dan juga bermalam terhadap tiga anak mereka. “Kami setuju untuk hak jagaan bersama. Anak-anak akan tinggal dengan Jezamine, saya pula ada diberi hak lawatan, hak bermalam. Harith bersetuju menyerahkan hak penjagaan penuh 3 anak-anak mereka kepada Dr Jezamine. “Tidak akan ada perebutan. Insya-Allah sekarang ini sudah sampai satu tahap kami bersetuju dengan semua langkah yang dilakukan. “Ini semua untuk keselesaan anak-anak, kesenangan dan juga bagi mereka faham yang kasih sayang kami tidak berubah,” katanya kepada mStar. Harith memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas perbicaraan kes hadanah dan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sudah tiada persefahaman, Harith Iskander dan Dr Jezamine Lim sah bercerai talak satu ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sudah sehabis baik usaha perbaiki perkahwinan, Harith Iskander reda jodoh dengan Dr Jezamine tak panjang Sementara itu, ditanya mengenai tuntutan harta sepencarian, Harith berkata, mereka masih lagi sama-sama menguruskan syarikat. Malah kata Harith, Dr Jezamine juga masih menguruskan kariernya seperti biasa. “Sekarang ini kami memang bersama untuk uruskan syarikat. Tanggungjawab tidak bertukar. Jezamine masih pengurus saya,” ujarnya. Sementara itu, Dr Jezamine pula memaklumkan dia tidak berasa janggal bekerja bersama Harith selepas apa yang berlaku di antara mereka. Pasangan ini sah bercerai pada 25 Julai lalu. “Saya tidak rasa janggal sebab kami masih kerja bersama. Yang janggal adalah mereka yang tengok kami masih jalan bersama (walaupun sudah bercerai),” ujarnya. Sebelum ini pada 25 Julai lalu, Harith dan Dr Jezamine sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Pengeraian tersebut berlaku disebabkan tiada lagi persefahaman di antara mereka berdua. Untuk rekod, Harith dan Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, yang berusia 9 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!