suria

Puteri Sarah tak bagi muka, teruskan kes saman malu dan pecah amanah bekas pekerja

Puteri Sarah tetap dengan pendirian mahu mengheret bekas kaki tangannya ke mahkamah.

PELAKON Puteri Sarah tetap dengan pendiriannya meneruskan kes saman malu dan pecah amanah terhadap seorang bekas pekerjanya.

Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, berkata, tindakan itu diteruskan kerana yakin berada dipihak yang benar selain mahu memperjuangkan hak dan membersihkan namanya yang sudah tercalar.

"Saya mahu perjuangkan saman malu dan pecah amanah yang saya tunggu sejak tahun lepas. Kita tengok ada atau tidak jalan penyelesaian.

2543337

Sarah tekad membersihkan semula namanya yang sudah tercalar.

"Sebelah sana berkeras jadi pihak saya juga berkeras. Saya dipihak yang benar, semoga saya dapatkan kembali hak saya," katanya kepada mStar.

Sarah berkongsi perkara itu ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi proses mediasi kes berkenaan yang berlangsung pada petang Khamis.

Pelakon itu hadir ke mahkamah ditemani peguamnya, Azmi Mohd Rais.

Februari lalu, Sarah memaklumkan bakal memfailkan saman sebanyak RM1 juta terhadap bekas pekerjanya iaitu Nazatul Nazira.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah tak berdiam diri, saman pegawai pemasaran RM1 juta kerana fitnah

ARTIKEL BERKAITAN: Saling tuduh menuduh... Puteri Sarah jumpa peguam, mahu fail saman terhadap pegawai pemasaran

Berdasarkan tangkap layar surat yang dikongsi di media sosialnya, Sarah mengambil tindakan selepas mendakwa Nazatul mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah bertujuan menjatuhkan reputasinya.

Menerusi notis sama, Sarah turut menyenaraikan lima bukti kenyataan dimuat naik wanita berkenaan terhadapnya.

Antara tuduhan tersebut termasuklah mengambil dadah, menganggap diri sebagai rakan kongsi dan menggelarnya seorang bodoh sombong.

Tidak cukup itu, Sarah didakwa menyara atau membela individu yang dipercayai bernama ‘Andy’ dan seorang ketua tidak bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain