suria

Usahawan Haris Embong menang saman fitnah, Fida Ibrahim diperintah bayar RM280,000

Haris lega akhirnya kes saman fitnah selesai.

USAHAWAN Datuk Haris Embong meluahkan rasa syukur apabila menang dalam kes saman fitnah yang failkan terhadap pelakon Rafidah Ibrahim tiga tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dr John Lee Kien How @ Mohammad Johan Lee pada prosiding yang diadakan pada pagi Rabu.

Johan dalam keputusannya itu memerintahkan Rafidah atau Fida membayar ganti rugi kepada Haris dan syarikatnya iaitu Arisprop Holdings Sdn Bhd sebanyak RM280,000.

Haris bersama peguam.

Haris bersama pasukan peguam.

Fida juga dikenakan faedah lima peratus bermula penghakiman sehingga selesai membuat pembayaran ganti rugi tersebut.

Haris, 47, meluahkan rasa syukur selepas tiga tahun kes saman fitnah itu selesai dan keputusan berpihak kepadanya.

Bagaimanapun, Haris berkata kemenangan itu bukanlah semata-mata untuk mendapat pampasan wang sebaliknya mahu membersihkan nama yang sudah tercalar.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan kes bakal disebut di mahkamah, usahawan Haris Embong dakwa alami kerugian difitnah Fida Ibrahim

ARTIKEL BERKAITAN: 4 tahun tunggu, Ayu Puteh puas hati kes tipu RM500,000 dibawa ke mahkamah

“Saya bersyukur dalam tiga tahun imej saya terjejas dah dibersihkan.

“Saya bukanlah gembira sangat, kalau boleh tak nak berlaku tapi terpaksa lakukan sebab nak bersihkan imej saya dan syarikat yang sudah tercalar,” katanya ketika dihubungi mStar.

Saya sangat kasihan pada dia (Fida), adakah dia mampu atau tidak untuk bayar denda berkenaan,

DATUK HARIS EMBONG

USAHAWAN

Dalam pada itu, usahawan itu berkata dia berasa kasihan kepada Fida kerana perlu menjelaskan tuntutan berkenaan kerana tidak tahu jika aktres itu mampu atau sebaliknya.

“Secara jujurnya, saya tak letak jumlah pampasan, cuma nak bersihkan nama saja... Itu semua dari pihak mahkamah.

“Saya sangat kasihan pada dia (Fida), adakah dia mampu atau tidak untuk bayar denda berkenaan,” ujarnya.

haris 2

Haris mahu bersihkan namanya.

Untuk rekod, Fida pernah bekerja bersama Arisprop Holdings San Bhd sebagai ketua pemasaran syarikat berkenaan.

Bagaimanapun aktres itu diberhentikan selepas berkhidmat selama tiga bulan bermula Jun 2021 kerana prestasi kerja yang kurang memuaskan.

Haris memfailkan saman fitnah terhadap Fida selepas pelakon itu didakwa melemparkan fitnah sehingga syarikatnya mengalami kerugian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain