USAHAWAN Datuk Haris Embong tidak pernah menyesal melantik pelakon Rafidah Ibrahim sebagai ketua pemasaran syarikatnya walaupun prestasi kerja ditunjukkan kurang memuaskan. Haris, 47, berkata, secara peribadi dia memang suka membantu orang lain dan menganggap kemelut di antara mereka sebelum ini pengajaran berharga. "Kalau nak kata menyesal saya secara peribadi memang suka menolong orang. Haris tidak mahu bermasam dengan Fida lagi. "Bagi saya pengalaman yang dilalui itu adalah satu pengajaran dan ia tidak mengubah pendirian saya yang suka membantu orang lain," katanya kepada mStar. Haris berkongsi perkara itu ketika sidang media isu saman fitnah terhadap Rafidah yang diadakan pada petang Jumaat. Dalam pada itu, Haris sedia bersemuka dengan Rafidah atau Fida, 38, bagi menyelesaikan apa-apa masalah berbangkit di antara mereka secara baik. ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan Haris Embong menang saman fitnah, Fida Ibrahim diperintah bayar RM280,000 ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan kes bakal disebut di mahkamah, usahawan Haris Embong dakwa alami kerugian difitnah Fida Ibrahim Malah Haris sedia memaafkan Fida kerana sebagai seorang Muslim itu disarankan oleh agama Islam. "Saya tiada masalah jika Fida mahu berjumpa dengan saya malah selepas keputusan mahkamah pun saya cukup terbuka (untuk berjumpa). "Sebagai seorang Islam memaafkan itu adalah satu perkara yang disarankan oleh agama kita," ujarnya. Fida masih lagi mendiamkan diri berhubung bayaran RM280,000. Pada Rabu lalu, Haris dan syarikatnya Arisprop Holdings Sdn Bhd memang kes saman fitnah terhadap Fida dan aktres itu diperintah membayar ganti rugi sebanyak RM280,000. Untuk rekod, Fida pernah berkhidmat dengan syarikat tersebut pada Jun 2021 sebelum khidmatnya ditamatkan tiga bulan kemudian kerana prestasi kerja kurang memuaskan. Haris kemudiannya memfailkan saman fitnah terhadap Fida selepas pelakon itu didakwa melemparkan fitnah sehingga syarikatnya mengalami kerugian. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!