MULA kenal dia media sosial, penyanyi dan pelakon Melia Zaidi tidak menyangka dia menjadi mangsa penipuan seorang lelaki yang konon mengaku mencintainya. Lebih mengejutkan lagi lelaki asal Indonesia itu juga merupakan seorang artis rakaman dan aktif membuat persembahan. Bukan hanya berbual perkara tidak senonoh, malah lelaki berkenaan juga pernah menghantar gambar yang tidak sepatutnya kepada Melia. Melia atau Noor Amelia Zaidi. 30, memberitahu mereka mula rapat sekitar April lalu dan sikap lelaki berkenaan berubah selepas sebulan mereka menjalinkan hubungan serius. Antara mesej yang diterima Melia daripada penyanyi berkenaan. "Kami mula membalas komen di YouTube dan Instagram sebelum bertukar nombor. Pada awalnya saya rasa dia seorang lelaki yang baik serta jujur sebab dia mengakui seorang duda. "Selepas sebulan berkenalan dia mula berbual perkara tidak senonoh. Saya cuba buat panggilan video untuk pastikan itu adalah dia dan ternyata ia benar. Tak sangka dia sanggup buat begitu," katanya kepada mStar. Tambah Melia meskipun tidak pernah berjumpa, individu tersebut berani memintanya wang kerana mendakwa dia tidak menerima bayaran daripada syarikat pengurusan. ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Saya tengah susah, ambil la saya berlakon” - Pelakon Melia Aimelia jaga bapa sakit, hidup dengan bantuan Baitulmal ARTIKEL BERKAITAN: [V] Melia Amelia alami pendarahan teruk, ada masalah cyst tapi tak terima rawatan - “Siapa nak jaga keluarga?” Dalam masa sama Melia juga merasakan dirinya tertipu apabila dia mendapat tahu lelaki tersebut juga sedang bermain cinta dengan wanita lain. "Bila dah mula paggil sayang, dia berani minta saya duit. Katanya sehari tak makan sebab syarikat pengurusan tak bayar. "Saya minta datang ke sini (Kuala Lumpur) untuk kita sama-sama buat content tapi katanya pihak pengurusan tidak benarkan. Saya cuba video call untuk pastinya itu adalah dia dan ternyata ia benar. Tak sangka dia sanggup buat begitu. MELIA ZAIDI PELAKON/PENYANYI "Dia juga pernah ajak saya datang ke Bogor. Mujurlah saya tidak terikut hati ini hendak ke sana. "Saya juga dapat tahu dia ada kekasih lain," ujarnya. Enggan terus terpedaya, Melia bertindak menyekat nombor lelaki berkenaan termasuk di laman sosial. Melia tidak mahu diri diperbodohkan lelaki. Dia juga berani mendedahkan perkara ini kerana tidak mahu ada wanita lain yang menjadi mangsa kepada lelaki berkenaan. "Saya dah tak tahu perkembangan dia di sosial media tetapi dia masih mengikuti saya dengan nombor dan akaun berbeza. "Saya rasa bodoh dengan apa yang telah berlaku. Tetapi belum fikir untuk ambil sebarang tindakan sebab tidak mendatang sebarang kerugian buat saya," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!