suria

Selepas setahun rujuk, Diana Danielle mahu failkan cerai terhadap Farid Kamil

Diana nekad mahu bercerai dengan Farid.

LEBIH setahun rujuk semula, pelakon Diana Danielle nekad mahu berpisah dengan suaminya iaitu aktor Farid Kamil.

Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 33, berkata, bukan semua pasangan yang kembali rujuk akan kekal dan meminta Farid melepaskannya secara baik.

"Rujuk bukan untuk semua orang. Lepaskan saya. Terima kasih," katanya.

size NP 1 - 2024-10-28T191541.176

Diana berkongsi di IG mahu fail cerai terhadap Farid.

Diana berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang Isnin.

Berkongsi lanjut, Diana berkata selepas berfikir panjang, dia membuat keputusan itu dan bakal memfailkan cerai terhadap Farid selepas ini.

"Saya dah buat keputusan secara rasmi mahu berpisah dengan suami saya.

"Saya akan failkan penceraian," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak jemu doa kembali disatukan, Farid dan Diana rujuk selepas sebulan cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Belum daftar pengesahan rujuk, Diana Danielle perlu sedikit masa... “Atas kertas sahaja, tak mengubah apa-apa”

Sementara itu, Diana tidak berkongsi punca dia membuat keputusan berkenaan.

Tambah aktres itu, mungkin Farid akan memberikan kenyataan seperti biasa.

"Tidak, saya takkan terangkan kenapa.

"Tapi dia (Farid) akan lakukan seperti biasa dengan bunga, cincin dan janji kosong. Semoga mempunyai kehidupan yang baik," jelasnya.

size NP 1 - 2024-10-28T191520.207

Farid dan Diana kembali rujuk pada 31 Ogos lalu.

Pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana sah bercerai talak satu.

Kemudian pasangan ini memilih untuk kembali rujuk pada 31 Ogos pada tahun sama.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain