suria

Farid Kamil mahu pertahan rumah tangga, Diana Danielle muat naik status ‘hipokrit’

Diana beri gambaran tidak mahu percaya akan kata-kata Farid.

KURANG sejam Farid Kamil memberitahu mahu mempertahankan rumah tangga, isterinya Diana Daniel memuat naik hantaran dipercayai bagi membalas kenyataan aktor tersebut.

Hanya dengan satu perkataan, Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 33, seolah-olah memberi gambaran Farid seorang hipokrit.

"Hipokrit," tulisnya ringkas di Instastory pada malam Selasa.

diana 2

Hantaran Diana di Instastory.

Sebelum itu, Farid menerusi satu hantaran video memberitahu masih sayangkan isterinya selepas kecoh Diana nekad memfailkan cerai terhadap suaminya.

Dalam kenyataan tersebut, Farid memberitahu mahu terus berusaha mempertahankan rumah tangganya dengan Diana.

Pada petang Isnin lalu, dunia hiburan kecoh apabila Diana dalam satu kenyataan di media sosial memberitahu nekad untuk bercerai selepas lebih setahun kembali rujuk dengan Farid.

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil masih sayang Diana Danielle, tetap mahu pertahan rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas setahun rujuk, Diana Danielle mahu failkan cerai terhadap Farid Kamil

Peguam mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader juga mengesahkan akan memfailkan permohonan cerai bagi pihak aktres itu di mahkamah dalam tempoh terdekat.

Untuk rekod, pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain