suria

Farid Kamil masih sayang Diana Danielle, tetap mahu pertahan rumah tangga

Farid masih sayangkan Diana.

ENGGAN menyerah dengan permintaan isteri mahu bercerai, pelakon Farid Kamil akan tetap berusaha menjernihkan suasana rumah tangganya dengan Diana Danielle.

Farid atau Farid Kamil Zahari, 43, berkata, dia masih sayangkan Diana dan dua anak-anak mereka.

"Seperti yang semua maklum, saya sayangkan isteri dan anak-anak saya.

farid 3

Farid berkongsi luahan di Instagram.

"Saya akan usaha apa sahaja untuk jernihkan keadaan. Doakan yang baik-baik," katanya.

Video ucapan tersebut dimuat naik di Instagram miliknya pada petang Selasa.

Dalam pada itu, Farid memberitahu dia sudah mengetahui keputusan Diana untuk memfailkan permohonan cerai terhadapnya di mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas setahun rujuk, Diana Danielle mahu failkan cerai terhadap Farid Kamil

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle sudah minta peguam siap sedia sejak bulan lalu, tak boleh lagi hidup bersama Farid Kamil

"Alhamdulillah saya mendengar perkhabaran tersebut," ujarnya.

Pada petang Isnin, dunia hiburan kecoh apabila Diana dalam satu kenyataan di media sosial memberitahu nekad untuk bercerai selepas lebih setahun kembali rujuk dengan Farid.

farid 1

Farid dan Diana pernah rujuk selepas cerai talak satu.

Peguam yang mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader juga mengesahkan akan memfailkan permohonan cerai bagi pihak aktres itu di mahkamah dalam tempoh terdekat.

Untuk rekod, pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain