PELAKSANAAN penghakiman terhadap Rozita Che Wan ditangguhkan selepas pelakon itu sudah membuat sebahagian pembayaran hutang tertunggak terhadap Majlis Amanah Rakyat (Mara) sebanyak RM550,000. Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Rozita perlu menjelaskan baki tertunggak dalam tempoh tiga bulan iaitu sebelum penghujung Mac 2025. “Tindakan pelaksanaan penghakiman terhadap Puan Rozita Che Wan ditangguhkan setelah Mara berjaya mendapat bayaran tertunggak RM550,000 sehingga Jumaat lalu. Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki beri tempoh sehingga Mac. “Manakala baki hutang tertunggak hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh 3 bulan sebelum penghujung Mac,” katanya. Asyraf berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Facebook miliknya pada Ahad. Dalam pada itu, Asyraf berkata, Mara tetap teguh dengan pendirian selain tidak akan berkrompomi dalam usaha mendapatkan kembali setiap sen wang milik rakyat yang diamanahkan. ARTIKEL BERKAITAN: Rozita Che Wan sudah bayar hutang Mara, Aaisyah sedih orang ramai mengata ibunya ARTIKEL BERKAITAN: Rozita Che Wan tunggu masa jelaskan isu gagal bayar hutang Mara, minta dapatkan maklumat sahih Ia bagi dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukan. Pada pagi Ahad, Rozita atau mesra disapa Che Ta, 51, melalui hantaran di Instastory menyatakan sudah melunaskan hutang Mara selepas menjawab pertanyaan anak perempuannya iaitu Aaisyah Dhia Rana menerusi perbualan WhatsApp. Pada 10 Disember lalu, banglo mewah Rozita di Petaling Jaya, Selangor diserbu Mara dipercayai bagi membolehkan pihak tersebut menilai barang-barang dalam banglo terbabit bagi tujuan penyitaan. Rumah Che Ta ketika kehadiran pihak Mara. la susulan Rozita gagal melunaskan bayaran pinjaman yang dibuat terhadap Mara sejak 2017. Difahamkan, pinjaman berjumlah RM960,000 itu dibuat syarikat pelakon tersebut, RCW Worldwide Sdn Bhd dengan Rozita dan anak lelakinya iaitu Ammar Effendy sebagai penjamin. Acara lelongan yang sepatutnya berlangsung pada 24 Disember lalu membabitkan 34 barangan dianggarkan bernilai RM902,012.46 termasuk sebuah kenderaan jenis Haval ditunda atas sebab tidak didedahkan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!