PENDEDAHAN pelakon Nelissa Nizam mengenai kisah remajanya yang pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga disangkal oleh ibunya iaitu Ayu Manaf. Menerusi temu bual dalam program Melodi (TV3) yang bersiaran pada malam Khamis, Ayu memberitahu dia terpaksa tampil menjelaskan hal sebenar kerana menerima banyak pertanyaan daripada kenalan dan orang ramai. "Kenyataan yang mengatakan dia didera sejak umur 6 tahun itu memang tidak benar langsung. Tak ada sebarang kes penderaan yang berlaku sampailah dia dewasa. "Sebenarnya yang didera itu saya, dipukul dan disepak terajang. Sebagai anak memang dia trauma melihat ibu diperlakukan seperti itu," katanya. Nelissa didakwa sudah renggang dengan ibu. Dalam pada itu, Ayu mengakui hubungannya bersama anak-anak juga renggang dan tidak mengetahui punca ianya berlaku. Namun dia tidak menolak kemungkinan perkahwinan baharunya kurang disenangi mereka. Malah selepas dia berkahwin dan tidak lagi bekerja, Ayu mendakwa anak-anak juga sudah tidak mempedulikan dirinya. "Hubungan saya dan anak-anak tidak berapa baik tetapi saya tidak tahu apa puncanya. Mungkin disebabkan saya kahwin baru jadi anak-anak tak suka dan mereka tak pedulikan saya. ARTIKEL BERKAITAN: Trauma dengar bunyi hentakan, Nelissa Nizam tak malu mengaku pernah jadi mangsa keganasan rumah tangga sejak kecil ARTIKEL BERKAITAN: “Kita ada adab dan budaya kena jaga” - Nelissa Nizam berhati-hati pilih watak, bimbang cetus kontroversi "Saya sendiri terfikir kenapa anak-anak saya macam ini? Apa salah saya? Mungkin sejak saya sakit, saya tak bekerja dan susah. "Kalau ada salah saya beritahu, kenapa membuatkan anak-anak menjauhi saya. Kita ini sebagai ibu sudah tentu mahu anak-anak ada bersama," katanya. Bukan mahu mengungkit pengorbanan dilakukan, Ayu bagaimanapun mengakui terkilan apabila anak-anak tidak datang melawat semasa dia dimasukkan ke hospital. "Bila hubungan dah jadi begitu (renggang), anak-anak sudah senang sekarang mereka biarkan mak begitu sahaja. Saya agak ralat juga. "Semua ibu sayang anak-anaknya. Kita ini sanggup buat apa sahaja untuk anak. Kita tak minta balasan tetapi berharap satu hari nanti kita boleh harapkan anak-anak kita. "Saya ini sudah seperti mengemis, mengemis kasih sayang dan kesenangan. Saya masuk hospital setidaknya anak-anak tanya khabar sebab kita sakit," ujarnya. Lebih membuatkan Ayu sedih apabila kali terakhir dia menghubungi Nelissa, aktres berkenaan tidak memberikan respons yang baik. "Kali terakhir saya bercakap dengan dia memang sangat menyedihkan. Nelissa sebelum ini mendedahkan pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga. "Dengan siapa lagi kalau kita susah nak minta tolong kalau bukan dengan anak-anak. Tak mengapa mama (panggilan Ayu) tak marah, cuma mama doakan satu hari nanti korang akan ada suami dan anak-anak, korang akan tahulah kehidupan ini macam mana," katanya. Sebelum ini, Nelissa mendedahkan pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak kecil. Nelissa memberitahu dia tidak malu berkongsi pengalaman pahitnya itu secara terbuka. Malah, fokusnya kini adalah kembali bangkit dari masa lampau dan berusaha untuk mengubah nasibnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!