KUALA LUMPUR: Penunggang Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) kategori 125cc, Muhammad Zulfahmi Khairuddin berazam untuk membuat persembahan lebih baik di kejohanan seterusnya di Motegi, Jepun hujung minggu ini.Pelumba pasukan Air-Asia Sepang International Circuit itu berkata beliau gagal manambah mata pada kejohanan minggu lalu Aragon, Sepanyol. "Saya akan pergi ke sana (Motegi) buat pertama kali dan ini merupakan satu disadvantage kepada saya. Tetapi dengan pengalaman berlumba di Eropah dan Amerika Syarikat, saya biasa dengan keadaan sebegitu," katanya menerusi satu kenyataan, Rabu.Di Aragon, Zulfahmi gagal menduduki tempat 16 teratas dan gagal memungut mata.Pelumba berusia 18 tahun dari Banting, Selangor ini menjangkakan perlumbaan di Motegi adalah sengit."Namun saya teruja di samping tidak sabar untuk menunggu pula kejohanan di Sepang (8-10 Okt)," katanya.Selepas 13 kejohanan, beliau memungut 3 mata, masing-masing 1 mata di Jerez, Sepanyol (Mei), Sachsenring, Jerman (Julai) dan Brno, Republik Czech (Ogos).-BERNAMA