Sabtu ini (19 April) untuk mengetahui sama ada beliau bertanding jawatan presiden atau cuba mengekalkan jawatan timbalan presiden sekarang.
"Saya susah sikit nak jawab, banyak perkara diperkatakan. Seperti yang dititah oleh Sultan (Presiden FAM Sultan Ahmad Shah), bersabarlah.
"Kita akan mengetahuinya dalam masa lima hari lagi," titah baginda di sini Isnin ketika diminta mengulas mengenai kedudukan baginda dalam FAM.
"Yang boleh menjawab soalan itu ialah anggota gabungan. Ini melibatkan dua, tiga personaliti, VVIP, Sultan (Sultan Ahmad Shah), Tunku Mahkota (Tunku Ismail).
"Elok saya tidak buat kenyataan selanjutnya," ujar baginda menjawab khabar angin bahawa baginda mendapat pencalonan terbanyak.
Sebelum ini, media melaporkan Tengku Abdullah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim disebut-sebut akan mencabar kedudukan Sultan Ahmad Shah sebagai Presiden FAM yang disandang baginda sejak 1984.
Pada 2 April lepas, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata tiga pencalonan untuk jawatan presiden telah diterima tetapi tidak mendedahkan nama calon berkenaan atau persatuan yang mengemukakan pencalonan itu.
FAM akan mengadakan pemilihan untuk penggal 2014-2018 sempena Kongres ke-50 badan induk bola sepak negara itu pada 25 Mei ini.