suria

Terjun: Pandelela Intai Pingat Ketiga pada Siri Dunia

Pndelela bakal beraksi pada Kejohanan Terjun Siri Dunia 2014 di London dari 25 hingga 27 April ini.

KUCHING: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong berharap unuk mengekalkan momentum dan tumpuan untuk menjuarai pusingan ketiga Kejohanan Terjun Siri Dunia 2014 di London dari 25 hingga 27 April ini.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik London 2012 itu telah melakarkan nama dalam kejohanan siri dunia itu dengan merangkul pingat perak dalam acara 10meter platform pada dua pusingan pertama di Beijing dan Dubai bulan lepas.

"Tahap keyakinan saya tetap sama dan kini melakukan latihan rutin untuk mengekalkan tumpuan. Saya tidak sabar untuk menang pingat perak ketiga berturut-turut dan juga dalam acara 10 meter platform seirama berganding dengan Leong Mun Yee," kata Pandelela.

Atlet kelahiran Sarawak itu bagaimanapun berkata adalah sukar untuk mengatasi pencabarnya dari China, Liu Huixia namun akan memperagakan aksi terbaiknya untuk memburu pingat emas pertama dalam siri dunia itu.

Pada pusingan pertama di Beijing, Pandelela mengumpul 368.50 mata untuk meraih pingat perak dan mengulangi pencapaian sama dengan 358.75 mata di Dubai.

Huixia membuktikan dirinya berada di kelas tersendiri apabila memenangi emas dalam acara itu di kedua-dua pusingan tersebut.

Pandelela menyifatkan aksi cemerlangnya adalah hasil daripada latihannya di Guangzhou, China dan jurulatihnya berkata anak buahnya itu kini lebih matang dan melakukan terjunan yang konsisten. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lin Dan Intai Wild Card

Artikel Lain