PERTAHANAN Arsenal, Bacary Sagna dijangka tiba di Manchester City pada Isnin depan untuk berbincang mengenai masa depannya bersama juara Liga Perdana Inggeris itu. Sagna memilih City selepas Arsenal hanya menawarkan gaji baru sebanyak £80,000 seminggu manakala Manuel Pellegrini sedia membayarnya £150,000 seminggu. Kenaikkan hampir sekali ganda itu membuatkan pertahanan Perancis terbabit terpaksa berfikir mengenai masa depannya cdan menemui pegawai kelab meilik jutawan Arab. Sagna dilaporkan ke City untuk melakukan perbincangan kerana ingin menyelesaikan soal kelab pilihan pada musim depan sebelum membantu Perancis dalam kempen Paial Dunia di Brazil. "Saya mahu mengosongkan fikiran sebelum ke Brazil. Di sana saya hanya mahu memikirkan tentang Piala Dunia. "Lebih baik ia selesai sebelum saya ke Brazil dan memberikan yang terbaik untuk Perancis," katanya. Keputusan Sagna untuk meninggalkan Arsenal agak mengejutkan peminat kerana kelab tersebut baru menjuarai Piala FA.