PENGURUS baharu Manchester United, Louis van Gaal yang diberikan kontrak bernilai £6 juta setahun turut disediakan perbelanjaan sebanyak £200 juta bagi melakukan rombakan terhadap kelab tersebut. Dengan perbelanjaan setinggi itu, Van Gaal berjaya mencipta rekod pengurus yang diberikan perbelanjaan terbanyak di kelab berkenaan selama ini. Pelantikan jurulatih Belanda terbabit merupakan pilihan pemilik United bagi digantikan dengan David Moyes yang dipecat gara-gara gagal mengekalkan momentum United. Seiring dengan pelantikan itu, Van Gaal turut mengumumkan bekas pemain, Ryan Giggs sebagai pembantunya untuk mengharungi musim depan. Walaupun akan memulakan tugasnya selepas kempen Piala Dunia, namun Van Gaal telah mengarahkan pegawainya untuk menyenaraikan pemain yang akan dibawa masuk pada musim depan. Antara pemain yang dilaporkan telah disenarai pendek oleh United ialah pertahanan Jerman, Mats Hummels dan Holger Badstuber, selain pemain tengah seperti Toni Kroos dan Arjen Robben termasuk penyerang Mario Mandzukic. Selain itu jurulatih penjaga gol, Chris Woods dan beberapa lagi pegawai akan ditukar bagi memastikan United kembali sebagai kelab bola sepak digeruni dan mampu memberi pulangan lumayan kepada pemiliknya. Senarai pemain pilihan Van Gaal KEVIN STROOTMAN Kelab:Roma Nilai perpindahan: £25 juta Umur: 24 Penampilan 2013-14: 28 kali, 6 gol -Berkaki kiri, mengalami kecederaan lutut dan dijangka cergas selepas Oktober. CESC FABREGAS Kelab: Barcelona Nilai perpindahan: £45 juta Umur: 27 Penampilan 2013-14: 55 kali, 13 gol -sedia untuk dijual, tetapi United tidak berurusan sejak tahun lalu. TONI KROOS Kelab: Bayern Munich Nilai perpindahan: £18 juta Umur: 24 Penampilan 2013-14: 51 kali, empat gol -Telah bersetuju untuk bersama United selepas dilamar David Moyes. Van Gaal turut meminati bakat muda terbabit. MATS HUMMELS Kelab: Borussia Dortmund Nilai: £20 juta Umur: 25 Penampilan 2013-14: 28, dua gol -Tidak begitu cergas tetapi seorang pertahanan yang sukar dibolosi. Dortmund dilaporkan sedia melepaskan seorang pemain utama pada musim panas ini. HOLGER BADSTUBER Kelab: Bayern Munich Nilai perpindahan: £15 juta Umur: 25 Penampilan 2013-14: tiada -Van Gaal melihatnya sebagai pertahanan berkaki kiri terbaik dan dijangka pulih daripada kecederaan. LUKE SHAW Kelab: Southampton Nilai: £27 juta Umur: 18 Penampilan 2013-14: 36, tiada jaringan -Bersedia bersama United. SEBASTIAN JUNG Kelab: Eintracht Frankfurt Nilai: £7 juta Usia: 23 Penampilan: 36, satu gol -Pertahanan kanan kedua terbaik di Jerman di belakang Philipp Lahm. Arsenal turut berminat terhadap pemain berusia 22 tahun itu.