suria

Lebih 300 Pelumba Sertai Cabaran Motocross Antarabangsa Di Kemaman

Litar Teluk Mak Nik di Kemaman sentiasa mendapat perhatian peminat sukan motocross.
KEMAMAN: Lebih 300 pelumba motocross dari dalam dan luar negara menyertai Cabaran Motocross Antarabangsa Kemaman 2014 yang diadakan selama tiga hari bermula, Jumaat.


Ketua program Aziz Arifin yang juga merangkap Presiden Kelab Motosikal Lasak Chukai berkata, program itu turut disertai pelumba dari Singapura, Thailand, Amerika Syarikat, Australia serta Indonesia serta pelumba tempatan.

"Sebanyak 14 kategori dipertandingkan untuk perlumbaan kali ini antaranya 'Expert International, Expert National, Junior' serta 'Cup Cross'.

Pelumba luar negara sebenarnya menyukai litar di sini kerana lebih mencabar dengan keadaan litar yang berpasir dan berhampiran dengan pantai," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Menurutnya, penganjur juga berharap perlumbaan yang menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM25,000 berkenaan akan terus dapat menarik penyertaan pelumba luar negara ke negeri Terengganu khususnya.

Program kali ketujuh yang diadakan di Litar Motorcross Pantai Teluk Mak Nik tersebut merupakan anjuran bersama Kelab Motosikal Lasak Chukai, Pejabat Daerah Kemaman, Pejabat Parlimen Kemaman dan Kementerian Belia dan Sukan.


Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan