suria

Bekas Pemain No 3 & Juara Dunia 2009 Nikolay Davydenko Bersara

Nikolay Davydenko

BEKAS pemain tenis nombor tiga dunia dari Rusia, Nikolay Davydenko pada Jumaat mengumumkan persaraannya.

Beliau yang berusia 33 tahun telah bermain secara profesional selama 15 tahun.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya telah mengalami kecederaan yang berpanjangan dan ia masih tidak sembuh dengan sempurna," ujarnya.

Sepanjang kariernya, Davydenko berjaya sampai ke empat peringkat separuh akhir kejohanan Grand Slam - dua dalam Terbuka Perancis dan dua dalam Terbuka Amerika Syarikat.

Kejayaan terbesarnya ialah membantu Rusia memenangi Piala Davis pada 2006.

Dan tiga tahun selepas itu, Davydenko menjuarai Kejohanan Dunia ATP menumpaskan Juan Martin del Potro dari Argentina.

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan