Juara dunia 2013 itu mencatat minit 1’59.791 saat meninggalkan pelumba Dani Pedrosa dan Jorge Lorenzo dari pasukan Movistar Yamaha MotoGP di tempat kedua dan ketiga sekaligus akan memulakan perlumbaan petak pertama pada Ahad.
Malah kejayaan meraih ‘pole’ ini merupakan rekod ke-50 dalam kariernya dan yang ke-13 musim ini sekaligus rekod terbaharu MotoGP.
Penunggang ini mengatasi rekod 12 petak kelas premier sebelum ini yangdiraih penunggang Australia Casey Stoner dan Mick Doohan.
"Saya juga gembira kerana berjaya mengatsi rekod sebelum ini. Mungkin petak pertama tidak begitu penting kerana ia tidak memberi anda sebarang mata, tetapi
anda mendapatnya kerana muncul sebagai penunggang paling pantas dalam sesuatu pusingan.
"Memanglah, ia tidak bererti anda akan menjadi penunggang paling laju dalam perlumbaan nanti. Paling penting ialah apa yang berlaku esok," katanya.
Marquez berkata juga dia amat berpuas hati dengan jenteranya setelah mengalami nahas dalam sesi latihan ketiga pada sebelah pagi.
Sementara itu, pelumba LCR Honda MotoGP Stefan Bradl menguasai petak keempat diikuti Addrea Dovizioso (Ducati Team), Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP), Aleix Espargaro (NGM Forward Racing), Cal Crutchlow (Ducati Team), Bradley Smith (Monster Yamaha Tech 3) dan petak kesepuluh Alvari Bautista dari pasukan GO&FUN Honda Gresini.
Keputusan penuh pusingan sesi kelayakan MotoGP 2014:
1.Marc Marquez (SPA) Repsol Honda Team 1'59.791s
2.Dani Pedrosa (SPA) Repsol Honda Team 1'59.973s
3.Jorge Lorenzo (SPA) Movistar Yamaha MotoGP 2'00.203s
4.Stefan Bradl (GER) LCR Honda MotoGP 2'00.472s
5.Andrea Dovizioso (ITA) Ducati Team 2'00.703s
6.Valentino Rossi (ITA) Movistar Yamaha MotoGP 2'00.
7.Aleix Espargaro (SPA) NGM Forward Racing 2'00.801s
8.Cal Cruthchlow (GBR) Ducati Team 2'01.119s
9.Bradley Smith (GBR) Monster Yamaha Tech 3 2'01.263s
10 Alvaro Bautista (SPA) GO&FUN Honda Gresini 2'02.294s
11.Hiroshi Aoyama (JPN) Drive M7 Aspar 2'10.568s
12.Pol Espargaro (SPA) Monster Yamaha Tech 3 2'01.885s
13.Yonny Hernandez (COL) Energy T.I. Pramac Racing 2'02.184s
14.Nicky Hayden (USA) Drive M7 Aspar 2'02.330s
15.Karel Abraham (CZE) Cardion AB Motoracing 2'02.548s
16.Hector Barbera (SPA) Avintia Racing 2'02.682s
17.Scott Redding (GBR) GO&FUN Honda Gresin 2'02.874s
18.Alex De Angelis (RSM) NGM Forward Racing 2'03.165s
19.Danilo Petrucci (ITA) Octo IodaRacing Team 2'03.874s
20.Michael Laverty (GBR) Paul Bird Motorsport 2'04.539s
21.Mike Di Meglio (FRA) Avintia Racing 2'04.784s 22 Broc Parkes (AUS) Paul Bird Motorsport 2'05.208s
23.Andrea Iannone (ITA) Pramac Racing 2'02.597s