suria

Man City Tewaskan Roma 2-0, Mara Ke Pusingan Kalah Mati

ROM: Ledakan gol Samir Nasri dan Pablo Zabaleta meletakkan Manchester City antara 16 pasukan terakhir dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.

Kemenangan City itu menyaksikan skuad bimbingan Manuel Pellegrini berada di tempat kedua Kumpulan E untuk bersama Bayern Munich yang terlebih dahulu melayakkan diri.

Hampir mendominasi keseluruhan perlawanan, City yang bertandang ke Rom pada awal pagi Khamis menewaskan Roma 2-0 di Stadio Olimpico yang penuh sesak dengan penyokong tuan rumah.

Melakukan serangan demi serangan dalam usaha untuk mendapatkan jaringan, City akhirnya berjaya pada minit ke-60 dengan sepakan kencang Nasri dari jarak 20 meter menewaskan penjaga gol Roma, Morgan De Sanctis.

"Walaupun tanpa pemain utama seperti Sergio Aguero dan Vincent Kompany, tetapi kami tetap satu pasukan yang kuat dan sentiasa percaya dengan keupayaan yang kami ada," kata penjaga gol City, Joe Hart kepada Sky Sports.

Roma yang gagal menyempurnakan beberapa peluang di depan pintu gol City terus hampa apabila pada minit ke-86, Zabaleta berjaya menyumbat gol kemenangan pasukannya.


Samir Nasri, Zabaleta, kalah mati, Roma

Artikel Sebelum

Artikel Lain