LONDON: Penyokong setia tuan rumah yang memenuhi Stamford Bridge nyata berpuas hati apabila The Blues membuktikan kemampuan menundukkan Sporting Lisbon 3-1, awal pagi Khamis.
Kejayaan itu sekali gus membolehkan pasukan bimbingan Jose Mourinho itu layak dalam 16 pasukan terakhir kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.
Jaringan seawal minit ke-8 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Cesc Fabregas membuka tirai jaringan perlawanan terakhir untuk Sporting Lisbon itu.
Andre Schuerrle pula beraksi cemerlang apabila menambah jaringan pada minit ke-16.Babak kedua perlawanan bagaimanapun Sporting bangkit menerusi jaringan Jonathan Silva pada minit ke-50.
Namun kepantasan Chelsea mengatur gerakan membolehkan John Obi Mikel menjaringkan gol ketiga tuan rumah enam minit kemudian.
Kemenangan itu meletakkan The Blues pada kedudukan teratas Kumpulan G.